Saturday, May 30, 2026
HomeHIBURAN'Perjuangan Takkan Tamat' Lagu Rasmi Kejohanan Dunia Mobile Legends

‘Perjuangan Takkan Tamat’ Lagu Rasmi Kejohanan Dunia Mobile Legends

LAGU ‘Perjuangan Takkan Tamat’ nyanyian Faizal Tahir dipilih sebagai lagu tema rasmi bagi Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang M6 2024.

Faizal yang dikenali dengan vokal bertenaga serta karyanya sering mengangkat nilai daya tahan dan kesatuan, dianggap pilihan sesuai untuk membawa mesej kejohanan itu.

Menurut Faizal, lagu yang dihasilkan berdasarkan komposisi asal oleh Bjørgen van Essen itu mencerminkan tema kejohanan yang menekankan daya tahan dan semangat juang.

“Lagu ini adalah tentang semangat yang tidak pernah menyerah walaupun berada dalam saat paling sukar. Ia adalah mesej sejagat untuk semua orang yang berjuang mencapai impian mereka.

“Dengan rentak lagu yang rancak dan lirik penuh semangat, muziknya secara semula jadi membangkitkan semangat dan memberi motivasi – sesuatu yang sangat selari dengan mesej kejohanan ini,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Muzik video rasmi lagu ini kini boleh ditonton di saluran YouTube rasmi Faizal Tahir.

Sumber – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tamak? Kami Tak Kecil Hati, Ini Demi Kelangsungan’ – Awie

0
BUKAN tamak, kumpulan Wings sedia mengambil satu persatu tawaran persembahan dan konsert adalah atas permintaan ramai, sekali gus demi kelangsungan jenama band yang sudah...

CATEGORIES