Monday, October 26, 2026
HomeLUAR NEGARA‘Oyen’ Mengganas, Cakar Tuan Hingga Mati

‘Oyen’ Mengganas, Cakar Tuan Hingga Mati

MOSCOW – Seorang lelaki dari Russia meninggal dunia selepas dicakar oleh kucing peliharaannya ketika dia cuba menghalang haiwan itu daripada melarikan diri dari rumah, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Kejadian berlaku di Kirishsky, wilayah Leningrad pada 22 November lalu.

Dmitry Ukhin, 55, membawa haiwan peliharaannya bernama Styopka, pulang ke rumah selepas melarikan diri dua hari sebelum kejadian.

“Tidak lama kemudian, Styopka tiba-tiba mengamuk dan mencakar kaki Ukhin, menyebabkan dia kehilangan banyak darah.

“Ukhin tidak dapat menghentikan pendarahan tersebut kerana keupayaan tubuhnya yang lemah akibat menghidap penyakit kencing manis,” kata polis.

Situasi bertambah parah apabila Ukhin berada di rumah sendirian dan terpaksa menghubungi jirannya untuk mendapatkan bantuan.

Seorang pegawai polis mengesahkan bahawa Ukhin meninggal dunia sebelum paramedik tiba di tempat kejadian.

Nasib kucing berwarna oren itu masih belum diketahui, manakala pakar forensik sedang mengenal pasti punca kematian Ukhin.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Konsert 3Diva Dibatalkan, Jamin Wang Dipulangkan Dalam 14 Hari

0
PETALING JAYA: Konsert 3Diva yang menghimpunkan nama besar Indonesia, Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ dibatalkan. Menurut penganjur, T-Rex Studio Sdn. Bhd, keputusan...

CATEGORIES