Friday, April 24, 2026
HomeSUKANInter Miami Pilih Legenda Argentina Sebagai Calon Ketua Jurulatih

Inter Miami Pilih Legenda Argentina Sebagai Calon Ketua Jurulatih

MIAMI – Kelab gergasi Liga Bola Sepak Amerika Syarikat (MLS), Inter Miami menjadikan bekas pemain antarabangsa Argentina, Javier Mascherano sebagai pilihan No. 1 untuk mengisi kekosongan posisi ketua jurulatih ketika ini.

Sebagai rekod, jawatan berkenaan kosong selepas pengendali berpengalaman Gerardo Martino meletakkan jawatan secara mengejut pada minggu lepas atas alasan peribadi.

Bagaimanapun, pemilik bersama Inter Miami, Jorge Mas mendedahkan bahawa kelab tidak menekan butang panik sebaliknya hampir memuktamadkan pemilihan jurulatih baharu yang akan diumumkan pada minggu ini.

Menurut Mas, pihak pengurusan turut berbincang dengan pemain utama, Lionel Messi sebelum membuat tawaran rasmi kepada mana-mana jurulatih yang berpotensi.

“Messi berkongsi pendapatnya dengan saya. Ini adalah jawatan yang sangat menarik untuk seorang jurulatih,” kata Mas secara ringkas.

Sekiranya Mascherano sah menjadi pengendali Miami, ia bakal menyaksikan jurulatih berusia 40 tahun itu bekerjasama kembali bersama Messi yang juga bekas rakan sepasukannya di Barcelona.

Selepas bersara pada tahun 2020, Mascherano beralih kepada bidang kejurulatihan dan pernah melatih skuad B-20 dan B-23 Argentina termasuk membawa pasukan bersaing ke temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tak Fikir Watak Pembantu Turunkan Taraf Pelakon’ – Amir Ahnaf

0
Mengakui sudah agak selektif dalam soal tawaran, aktor muda Amir Ahnaf tetap menerima watak pembantu atau sampingan selagi naratif karya tersebut mampu mencabar kemampuannya...

CATEGORIES