Monday, June 1, 2026
HomeBERITAPemandu Lori Rempuh 11 Kereta, Sebuah Motosikal Di MRR2

Pemandu Lori Rempuh 11 Kereta, Sebuah Motosikal Di MRR2

GOMBAK – Dua lelaki dan seorang wanita nyaris maut selepas terbabit dalam nahas melibatkan sebuah lori melanggar 11 buah kereta dan sebuah motosikal di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di sini, pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.09 petang.

Keadaan di lokasi kemalangan di MRR2, di sini, pada Ahad.
Keadaan di lokasi kemalangan di MRR2, di sini, pada Ahad.

“Sejurus menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu, seramai tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Ahmad Mukhlis berkata, setibanya di lokasi, pihaknya mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori lima tan yang melanggar 11 buah kereta dan sebuah motosikal.

“Terdapat tiga mangsa berusia 43 hingga 65 tahun mengalami kecederaan, kesemua individu yang cedera itu telah diserahkan kepada pihak Kementerian KesihatanMalaysia untuk rawatan lanjut,” ujarnya.

Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak KKM untuk rawatan lanjut.
Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak KKM untuk rawatan lanjut.

Sumber – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tamak? Kami Tak Kecil Hati, Ini Demi Kelangsungan’ – Awie

0
BUKAN tamak, kumpulan Wings sedia mengambil satu persatu tawaran persembahan dan konsert adalah atas permintaan ramai, sekali gus demi kelangsungan jenama band yang sudah...

CATEGORIES