Tuesday, August 18, 2026
HomeHIBURANFazura Fail Tuntutan Hadanah Anak Terhadap Fattah

Fazura Fail Tuntutan Hadanah Anak Terhadap Fattah

PETALING JAYA – Hampir dua bulan bercerai, pelakon Nur Fazura dengan bekas suaminya, Fattah Amin selesai merekodkan persetujuan berkaitan nafkah idah dan anak perempuan mereka iaitu Nur Fatima Aisya yang dipersetujui bersama sebelum ini.

Peguam syarie mewakili Fazura iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan berkata, urusan tersebut dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam hari ini.“Ya, urusan rekodkan persetujuan berkaitan idah dan nafkah anak selesai hari ini.

“Rekod tersebut adalah seperti yang telah dipersetujui oleh mereka berdua dalam proses perceraian pada Oktober lalu,” katanya.

Fazura juga difahamkan telah memfailkan tuntutan berhubung kes hadanah atau hak penjagaan anak terhadap Fattah.

Perbicaraan berkaitan tuntutan tersebut juga dijangka berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

“Tentang hadanah juga telah difailkan dan akan dibicarakan pada tarikh yang ditetapkan,” katanya lagi.

Terdahulu, Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu selepas aktres itu memfailkan perceraian pada 13 September lalu.Kedua-dua mereka mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Fatima, 4, yang kini berada di bawah jagaan Fazura.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Mahu Tahu Lagu Boleh ‘Hit’ Atau Tidak, Bagi Orang Luar Dengar...

0
SHAH ALAM: Maestro muzik, Datuk Ramli MS berkongsi petua untuk mengetahui sama ada sesebuah lagu mempunyai kualiti untuk menjadi ‘hit’ atau sebaliknya, adalah dengan...

CATEGORIES