Saturday, June 27, 2026
HomeBERITAE-Perkasa SPM: 969 Anak-Anak Warga ATM Terima Chromebook Dan Tuisyen Percuma

E-Perkasa SPM: 969 Anak-Anak Warga ATM Terima Chromebook Dan Tuisyen Percuma

Dalam usaha memperkasa potensi pendidikan, seramai 969 anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpeluang mengikuti program tuisyen percuma.

Inisiatif tersebut dinamakan sebagai e-Perkasa SPM dan diluncurkan Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin pada 30 Ogos lalu di Kem Mahkota, Kluang.

E-Perkasa SPM adalah sebuah program khas yang dikhususkan untuk anak-anak warga ATM yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tahun ini.

Ia ditaja oleh Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera Yayasan LTAT dengan kerjasama Universti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai sumber tenaga pengajar.

Transformasi Pendidikan: Pengagihan Chromebook

Bagi Khaled Nordin, anak-anak warga ATM harus mendapatkan pendidikan yang baik untuk meningkatkan mutu kehidupan masing-masing pada masa akan datang.

Anak-anak warga ATM yang bakal menduduki SPM sama ada menetap di dalam kem atau di luar kem harus diberikan peluang secara adil tanpa ada keciciran.

Untuk persiapkan inisiatif e-Perkasa SPM, Yayasan LTAT mengagihkan 969 unit Chromebook menerusi sumbangan daripada Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol).

Pengagihan tersebut bertujuan untuk memastikan anak-anak warga ATM dapat mengikuti sesi ulang kaji secara dalam talian dengan lebih efisien.

Terdahulu, pengagihan Chromebook telah dilaksanakan dengan jayanya di beberapa lokasi seperti Kem Mahkota Kluang, Kem Syed Sirajuddin Gemas serta Kem Terendak Melaka.

Kerjasama Strategik: E-Perkasa dan UPSI

 

Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, Dato’ Dr. Mohd Nizar Sudin

Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, Dato’ Dr. Mohd Nizar Sudin berkata, penglibatan UPSI dalam inisiatif e-Perkasa SPM bersama Yayasan LTAT adalah sebagai penggubal modul ulang kaji.

“E-Perkasa SPM adalah tuisyen percuma yang dilaksanakan secara atas talian dan untuk fasa ini, kita fokuskan kepada anak-anak warga ATM yang bersekolah di luar kem.

“Ia merupakan inisiatif baharu melibatkan pemindahan ilmu dan pemindahan kemahiran antara pihak UPSI dalam program tajaan Yayasan LTAT,” katanya.

Mohd Nizar turut memaklumkan e-Perkasa SPM bukan hanya memfokuskan ulang kaji secara atas talian semata-mata malah turut melibatkan konsep mentor-mentee.

“Dengan konsep mentor-mentee, para pelajar berpeluang untuk menimba ilmu daripada guru-guru berpengalaman bagi memperkemas persediaan menghadapi SPM.

“Selain melibatkan alumni UPSI sebagai tenaga pengajar, kumpulan guru yang menggubal soalan peperiksaan turut bersama-sama menjayakan e-Perkasa SPM,” katanya.

Platform digital seperti Google Meet dan YouTube Live digunakan untuk memperkukuh kefahaman dan pemindahan ilmu pengetahuan antara mentor dan mentee.

Meningkatkan Akses Pendidikan: Tuisyen Percuma Untuk Anak-Anak ATM Di Luar Kem

Khaled Nordin melihat keperluan semua anak-anak warga ATM yang akan menduduki SPM harus mendapat akses pendidikan yang baik dan bersistematik.

Sehubungan itu Kementerian Pertahanan meletakkan fokus utama e-Perkasa SPM adalah anak-anak warga ATM yang bersekolah di luar kem tidak akan tercicir.

Kongsi Mohd Nizar, memang sebelum ini sudah ada program melibatkan tuisyen percuma namun ia dilaksanakan hanya di sekolah-sekolah dalam kem.

“Dengan adanya perkembangan teknologi, bukan menjadi satu masalah untuk melaksanakan tuisyen percuma secara atas talian menerusi Google Meet dan YouTube Live.

“Maka untuk kali ini anak-anak warga ATM yang bersekolah di luar kem akan mendapat peluang yang sama untuk memburu kejayaan dalam SPM,” katanya.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Batik Air Perkukuh Rangkaian Asia dengan Pelancaran Laluan Kuala Lumpur–Shanghai

0
KUALA LUMPUR, 24 JUN 2026 – Batik Air terus mengukuhkan kehadirannya di China dengan pelancaran perkhidmatan terus baharu antara Kuala Lumpur dan Shanghai, sekali...

CATEGORIES