Wednesday, August 12, 2026
HomeLUAR NEGARA3 Maut, 49 Cedera Kereta Api Bertembung Di Mesir

3 Maut, 49 Cedera Kereta Api Bertembung Di Mesir

KAHERAH – Sekurang-kurangnya tiga terbunuh, manakala 49 lagi cedera apabila dua kereta api penumpang bertembung di Mesir, lapor saluran berita CNN semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan Mesir, kira-kira 30 ambulans dan pasukan perubatan dikerahkan ke tempat kejadian di bandar Zagazig, ibu kota Al Sharkia.

“Mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital berdekatan di Universiti Al-Ahrar dan Zagazig.

“Sekurang-kurangnya lima daripada mereka yang cedera berada dalam keadaan tidak stabil,” tambah kementerian itu.

Gambar dari tempat kejadian menunjukkan orang ramai berkumpul di sekitar serpihan kereta api yang remuk ketika operasi mencari dan menyelamat dilakukan.

Sistem kereta api yang semakin ‘uzur’ menyebabkan kemalangan maut di Mesir berlaku hampir setiap tahun, sejak 20 tahun lalu.

Negara itu merekodkan 2,044 kemalangan kereta api pada 2018 dan 1,793 pada tahun sebelumnya, demikian menurut Agensi Pusat Mobilisasi Awam dan Statistik (CAPMAS). – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

’30 Minit Lambat Tak Mengapa, Tapi Kalau Satu Dua Jam?’ –...

0
PETALING JAYA – Penerbit Datuk A. Aida tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas dengan terus menyekat mana-mana selebriti yang mempunyai masalah disiplin untuk bekerja di...

CATEGORIES