Monday, November 9, 2026
HomeLUAR NEGARABudak Dari Gabon Sertai Tilawah Antarabangsa Lepas 2 Tahun Peluk Islam

Budak Dari Gabon Sertai Tilawah Antarabangsa Lepas 2 Tahun Peluk Islam

RIYADH – Seorang kanak-kanak lelaki dari Gabon menyertai majlis tilawah al-Quran peringkat antarabangsa di kota suci Mekah hanya dua tahun selepas dia memeluk agama Islam, lapor akhbar Arab News kelmarin.

Mahdi menyertai Tilawah al-Quran Antarabangsa Raja Abdulaziz ke-44 yang melibatkan hafazan, tilawah dan tafsir.

Menurut guru Mahdi yang merupakan imam di sebuah masjid, Zakaria, kanak-kanak itu satu-satunya yang memeluk agama Islam dalam keluarganya.

Menurut Zakaria, ketika dihampiri oleh Mahdi yang menyuarakan hasratnya untuk memeluk Islam, dia terkejut dan menyangkakan kanak-kanak itu bergurau.

“Saya bertanya sekiranya dia mempunyai pengetahuan mengenai Islam, namun dia bertegas mahu mengikuti agama Allah. Dalam hati saya berkata bahawa ini adalah anugerah daripada Allah,” kata Zakaria.

Selepas mengucap dua kalimah syahadah, Zakaria mula mengajar Mahdi abjad bahasa Arab dan secara beransur-ansur beralih ke surah-surah pendek dalam  al-Quran sehingga kanak-kanak itu menghafal satu perempat daripadanya.

“Saya perhatikan betapa cepatnya dia menghafal dan memahami al-Quran,” kata Zakaria sambil menambah, Mahdi menghafal satu halaman sehari hanya seminggu selepas memeluk agama Islam.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cukup Cergas Untuk Lari Maraton, Tetapi Adakah Jantung Anda Benar-Benar Sihat?

0
PUTRAJAYA – Ramai individu sanggup menghabiskan masa berbulan-bulan untuk membuat persediaan sebelum menyertai maraton, termasuk mengikuti jadual latihan, meningkatkan jarak larian dan menjaga pemakanan. Namun,...

CATEGORIES