Wednesday, November 11, 2026
HomeSUKANAaron-Wooi Yik Beri Pingat Pertama Buat Malaysia

Aaron-Wooi Yik Beri Pingat Pertama Buat Malaysia

BEREGU lelaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya meraih pingat gangsa pertama buat Malaysia di Sukan Olimpik Paris selepas menewaskan beregu nombor dua dunia, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark di Porte de La Chapelle Arena, malam ini.

Misi mempertahankan pingat gangsa yang pernah diraih di Tokyo 2020 sebelum ini tercapai apabila Aaron-Soh Wooi menyingkirkan pasangan Denmark itu dengan kutipan mata 16-21, 22-20 dan 21-19.

Pasangan beregu nombor satu negara itu bangkit daripada kekalahan di set pertama untuk mengalahkan lawan mereka di set kedua, seterusnya mencatat kemenangan di set ketiga.

Di Tokyo 2020, Aaron-Wooi Yik berjaya menewaskan bekas juara dunia dari Indonesia Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan untuk membawa pulang pingat gangsa. – Awani

Sumber – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Mangsa Lelaki Narsisistik, Tolong Bangkit Dan Jangan Takut’ – Syatilla Melvin

0
PETALING JAYA – Pelakon Syatilla Melvin menyeru agar mana-mana pihak yang menjadi mangsa penderaan emosi akibat sikap narsisistik pasangan agar segera berani bangkit dan...

CATEGORIES