Sunday, November 1, 2026
HomeHIBURANSaya minta cerai, tak mengapa jika dia bersama wanita lain - Nora...

Saya minta cerai, tak mengapa jika dia bersama wanita lain – Nora Danish

KUALA LUMPUR: “Tidak mengapa jika dia kelihatan bersama wanita lain kerana perceraian ini adalah permintaan saya.”

“Jadi, biarlah dia dan kehidupannya. Jangan sampaikan kepada saya okay?

Itu kenyataan dimuat naik pelakon, Nora Danish, 42, pada Instagram Story (IGs), malam tadi.

Melalui hantaran itu, Nora menjelaskan beberapa isu dipercayai perkara yang masih diajukan kepadanya sejak bercerai dengan suami, Nedim Nazri atau nama sebenarnya, Mohamed Nedim Mohamed Nazri, 41.

Nora menjelaskan dia dan Nedim tidak tinggal serumah dan mereka tidak akan berbuat demikian kerana sudah bercerai.

Nora mahu netizen membiarkan Nedim meneruskan hidup ikut kehendaknya dan tidak perlu menyampaikan apa-apa berita mengenai bekas suaminya itu termasuk dalam soal kehadiran orang baharu jika ada.

Nora menambah, sejak bercerai, mereka memilih haluan berbeza dan hanya rapat atas urusan anak-anak serta tidak lebih daripada itu.

Nora yang kini berhijab, bernikah dengan Nedim pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl berusia enam tahun.

Mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, pada 19 Jun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Tauliah Sejak 2020’ – PU Riz Sedih Dilabel Tunggang Agama

0
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas dan selebriti, Muhammad Haris Mohd. Ismail atau PU Riz, tidak dapat menahan sebak apabila dituduh sebagai penunggang agama serta tidak...

CATEGORIES