3 Maut, Seorang Cedera Parah, Kereta Terbabas Langgar Tiang Elektrik

0
843

KLUANG: Tiga orang maut dan seorang lagi cedera parah selepas kereta Proton Wira yang dinaiki empat sahabat terbabas dan melanggar tiang elektrik di Jalan Renggam, Simpang Renggam, tengah malam tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Shoromi Salih dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam menyatakan bahawa mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Ziyad Azmi, Ahmad Manan Zaini, dan Muhamad Adib Ahmad Shahfarin, semuanya berusia 21 tahun, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, mangsa yang cedera parah dikenali sebagai Nor Aminul Fitri Nor Azmi, juga berusia 21 tahun, telah dikejarkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK).

“Bomba menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 11.45 malam dan tiba di lokasi pada pukul 11.47 malam,” katanya.

“Semua mangsa yang tersepit telah dikeluarkan oleh Pasukan Keluaran Operasi (PKO) BBP Kluang menggunakan peralatan khas.

“Pemandu tidak dapat dikenal pasti kerana semua mangsa bertindih ketika ditemui oleh pasukan bomba,” katanya.

Beliau menyatakan bahawa operasi yang melibatkan 14 anggota, dua jentera ERT, serta masing-masing sebuah jentera EMRS dan RIM itu ditamatkan pada pukul 1.13 pagi.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here