Tak Sangka Terkandas Hampir 3 Jam Bersama Jenazah Bapa Mentua

0
637

Kota Kinabalu: Seorang lelaki terperangkap selama lebih dari dua jam bersama jenazah bapa mentuanya ketika van yang mereka naiki rosak dalam perjalanan dari Sandakan ke Bogawan, Papar, hari ini.

Peristiwa ini turut dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook, Mohd Ariff Ahmad, yang menyiarkan video langsung selama lebih 30 minit mengenai situasi yang dihadapinya ketika itu.

Menurut perkongsiannya sekitar jam 10 pagi itu, lelaki tersebut berhasrat membawa bapa mentuanya kembali menetap di kampung di Bogawan.

Namun begitu, bapa mentuanya dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan pulang ke kampung.

“Al-Fatihah untuk bapa mentua… baru saja mahu membawanya ke kampung bersama kami, namun dia telah meninggalkan kami semua.

“(Kami) dalam perjalanan pulang dari Sandakan ke Bongawan, pam brek bocor, dan kami terkandas di sini selama beberapa jam. Sekarang kami berdua sahaja… dugaan ini membuatkan air mata mengalir,” tulisnya.

Namun, selepas menunggu kira-kira dua setengah jam, paramedik dari Hospital Tuaran tiba di lokasi berhampiran simpang Kota Belud, Jalan Ranau – Tamparuli, untuk mengesahkan kematian bapa mentuanya.

Sementara itu, dalam perkongsian sekitar sejam yang lalu, Mohd Ariff menyatakan bahawa dia kemudian menghubungi seorang rakan untuk mendapatkan bantuan perkhidmatan van jenazah yang berdekatan dengan lokasi tersebut.

“Selepas menunggu dua setengah jam, perkhidmatan kereta jenazah dari Ketiau, Putatan akhirnya tiba.

“Perjalanan menghantar jenazah pun diteruskan dan diuruskan oleh keluarga setibanya di Bongawan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here