Monday, July 14, 2025
HomeVIRALLelaki Goda Isteri Orang Boleh Didakwa Undang-Undang Syariah

Lelaki Goda Isteri Orang Boleh Didakwa Undang-Undang Syariah

PETALING JAYA – Lelaki yang menggoda isteri orang masih boleh didakwa di bawah undang-undang syariah negeri-negeri walaupun peruntukan di Mahkamah Persekutuan sudah tidak boleh diguna pakai.

Berdasarkan laporan Kosmo, di bawah undang-undang syariah, masih kekal terdapat peruntukan hampir sama bagi kesalahan lelaki yang menggoda isteri orang.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, di bawah Seksyen 36 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan, mana-mana lelaki boleh didakwa di atas kesalahan memujuk lari wanita bersuami.

“Jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

“Keputusan semalam adalah untuk kesalahan di bawah kanun keseksaan. Di bawah undang-undang syariah, masih kekal bagi kesalahan hampir sama,” kata­nya kepada Kosmo!.

Beliau menjelaskan, peruntukan yang sama juga terdapat di dalam enakmen kesalahan ­jenayah syariah negeri-negeri.

“Aduan hendaklah dibuat ke bahagian penguatkuasaan jabatan agama Islam untuk disiasat sebelum ia dibawa ke mahkamah syariah untuk didakwa.

“Walau sekalipun tiada sebarang undang-undang, masyarakat harus sedar bahawa perbuatan menggoda atau memujuk lari isteri orang adalah perbuatan yang tidak bermoral dan amalan masyarakat jahiliah,” ­jelasnya.

Kelmarin Kosmo! melaporkan, Mahkamah Persekutuan memutuskan Seksyen 498 Kanun Ke­seksaan tidak lagi boleh diguna pakai dalam prosiding jenayah untuk mendakwa lelaki yang menggoda isteri orang.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat apabila mengisytiharkan seksyen itu tidak berperlembagaan kerana melanggar prinsip asas berhubung kesamarataan ­jantina.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Cucunda Penyambung Zuriat, Insya-Allah Bertemu di Syurga’

0
PETALING JAYA – Sempena bulan kelahiran dua cucu tersayang, ibu kepada penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafiza meluahkan kerinduan serta kasih sayang yang tidak pernah...

CATEGORIES