Tuesday, July 21, 2026
HomeSUKANUCL: Cabaran Sebenar Liverpool Bermula Awal Pagi Esok

UCL: Cabaran Sebenar Liverpool Bermula Awal Pagi Esok

LIVERPOOL – Tempoh sukar menanti Liverpool dalam tempoh dua minggu ini bermula aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang RB Leipzig yang akan berlangsung di Stadium Red Bull Arena awal pagi esok.

Pengurus Liverpool, Arne Slot percaya barisan pemainnya perlu bersedia dari segi mental dan fizikal memandangkan mereka akan berdepan pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal empat hari kemudian.

Justeru, beliau berharap Liverpool mampu mengekalkan aksi sama seperti menewaskan Chelsea 2-1 pada Ahad lalu bagi memastikan The Reds mengutip tiga mata penuh bertemu Leipzig.

“Jangan menilai prestasi kami terlalu awal, anda perlu melakukannya selepas tujuh perlawanan akan datang. Kami akan bertemu Leipzig, Brighton sebanyak dua kali, Bayer Leverkusen, Aston Villa dan Real Madrid.

“Kami perlu berdepan ujian beraksi dalam kejohanan berlainan dan ia bukan tugas mudah kerana kami pernah melaluinya dua tahun lalu. Tahun lepas, saya boleh tengok betapa sukar buat Manchester United dan Newcastle United,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menganggap pasukannya mungkin berdepan kesukaran selepas mengharungi perlawanan intensiti tinggi menentang Chelsea selain kondisi beberapa pemain yang tidak cergas sepenuhnya.

“Memang saya menaruh sepenuh keyakinan kepada semua pemain tetapi masih ada beberapa masalah. Trent (Alexander-Arnold) kurang menjalani latihan selepas aksi antarabangsa, manakala Alexis Mac Allister juga belum cergas,” ujar Slot.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Nyanyi Tak Sedap Tidak Apa, Sebab Mak Saya Cakap Sedap’ –...

0
KUALA LUMPUR – “Jangan toleh kiri kanan, terus kuat.” Itu nasihat yang dititipkan penyanyi dan pelakon, Nabila Razali apabila netizen menjadikan diri dan perjalanan kariernya...

CATEGORIES