Saturday, August 8, 2026
HomeSUKANRanking Harimau Malaya Terus Meningkat, Kini Di Tangga Ke-116 Dunia

Ranking Harimau Malaya Terus Meningkat, Kini Di Tangga Ke-116 Dunia

KUALA LUMPUR: Pasukan bola sepak negara berjaya melonjak dua anak tangga ke tangga ke-116 dunia dalam ranking FIFA terkini, yang diumumkan hari ini, berbanding kedudukan ke-118 pada kemas kini sebelum ini, 17 Oktober 2025.

Thailand kekal sebagai pasukan terbaik Asia Tenggara dan memperbaiki kedudukan dari tangga ke-96 ke 95.

Vietnam juga naik satu anak tangga dengan menduduki tangga ke-110 untuk kekal sebagai pasukan kedua terbaik Asia Tenggara, diikuti Malaysia di tangga ketiga dan Indonesia keempat.

Filipina menyaksikan lonjakan lima anak tangga untuk menghuni tangga ke-136 dan kelima terbaik Asia Tenggara.

Singapura yang baru melayakkan diri secara merit ke Piala Asia 2027 turut meningkat ketara – empat anak tangga untuk berada di ranking ke-151.

Kemas kini ranking seterusnya dijadual pada 23 Disember 2025.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Badan Saya Cedera, Koyak Kalau Kena Muka, Habis Herot’ – Shukri...

0
KUALA LUMPUR – Pelakon Shukri Yahaya tidak serik untuk terus berlakon dalam filem aksi meskipun terpaksa menanggung kecederaan sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital akibat...

CATEGORIES