Sunday, September 28, 2025
HomeSUKANKemenangan Ini Adalah Hadiah Untuk Raja Muda Selangor - Faisal Halim

Kemenangan Ini Adalah Hadiah Untuk Raja Muda Selangor – Faisal Halim

KUALA LUMPUR: Bintang Selangor FC (SFC), Faisal Halim mendedikasikan kemenangan sulung pasukan itu pada kempen Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) kepada Raja Muda Selangor merangkap Pengerusi SFC, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin.

Faisal yang juga pemain Harimau Malaya melontarkan penghargaan atas sokongan Tengku Amir Shah yang sentiasa memberi semangat kepada pemain meskipun ketika berdepan situasi sukar di mana mereka mengalami kekalahan.

Jelas Faisal, pemain sememangnya memerlukan sokongan yang padu sekali gus menyifatkan mereka benar-benar beruntung kerana memiliki tokoh seperti Tengku Amir Shah yang mengambil berat terhadap pasukan.

“Tuanku (Tengku Amir Shah) selalu memberi semangat dan pemain berjuang untuk Tuanku. Apa yang boleh saya katakan adalah kami perlukan sokongan dari segi motivasi.

“Tuanku sentiasa memberi semangat dan berada di belakang pemain. Walaupun kami dalam situasi sukar dan kalah, Tuanku masih memberi kata-kata positif untuk pasukan bangkit.

“Ini hadiah untuk Tuanku juga dan baginda juga akan berkahwin tidak lama lagi. Kami bangga ada bos yang sentiasa menjaga kami,” kata Faisal.

Terdahulu, The Red Giants melakar kemenangan sulung dalam ACC musim ini apabila menumbangkan Tampines Rovers 4-2 pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

Kemenangan itu menyaksikan SFC muncul pendahulu Kumpulan A dengan empat mata, terikat dengan BG Pathum United namun berkelebihan dari segi perbezaan jaringan selepas BG Pathum United terlepas peluang mengutip tiga mata apabila terikat 2-2 dengan juara bertahan, Buriram United.

Dalam perkembangan sama, Faisal yang meledak dua gol pada aksi terbabit turut menghadiahkan kemenangan bermakna ini kepada penyokong yang berterusan menyatakan sokongan kepada mereka.

“Setiap perlawanan adalah berbeza dan kita cuba beri yang terbaik. Apa yang boleh saya katakan, kemenangan ini adalah hadiah yang terbaik untuk penyokong SFC.

“Kita berjuang untuk pasukan, diri sendiri dan sesiapa sahaja yang menyokong SFC,” katanya.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kes Palapes UTM: Menteri Pertahanan, Mindef Setuju Tidak Ulas Kematian

0
SHAH ALAM – Menteri Pertahanan dan Kementerian Pertahanan (Mindef) bersetuju tidak lagi mengulas dan mengeluarkan kenyataan berhubung kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan...

CATEGORIES