Monday, August 10, 2026
HomeLUAR NEGARAVape Import Dilarang Masuk Bermula 1 Januari

Vape Import Dilarang Masuk Bermula 1 Januari

SYDNEY  – Australia akan menguatkuasakan larangan import vape pakai buang bermula 1 Januari depan, kata kerajaan hari ini dalam keputusan yang disambut baik oleh doktor-doktor.

Larangan tersebut bertujuan untuk mengekang pertambahan bilangan penghisap vape dalam kalangan golongan muda, kata Menteri Kesihatan, Mark Butler.

Australia kali pertama mengumumkan larangan import itu pada Mei lalu tetapi tidak menyatakan  tarikh pelaksanaannya.

“Vape sebelum ini dibenarkan dijual sebagai cara untuk membantu perokok tegar berhenti merokok.

“Ia bukan dijual sebagai produk reaksi dan nyata bukan untuk menyasarkan anak-anak kita tetapi inilah yang berlaku.

“Kebanyakan vape pula mengandungi nikotin dan kanak-kanak menjadi ketagih,”  katanya.

Menurut kerajaan, kira-kira seorang dalam  tujuh kanak-kanak berusia 14 hingga 17 tahun menggunakan vape, kata kerajaan dalam satu kenyataan.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Andai Allah Tetapkan 10 Tahun Lagi Baru Dapat Anak, Saya Terima’...

0
KUALA LUMPUR – Belum dikurniakan cahaya mata selepas hampir lima tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Haqiem Rusli enggan terlalu memikirkan soal berkenaan selain menyerahkan...

CATEGORIES