Thursday, March 12, 2026
HomeLUAR NEGARALelaki Terperangkap Dalam Penghadang Kon

Lelaki Terperangkap Dalam Penghadang Kon

SAO PAULO: Kakitangan kontraktor jalan raya di Brazil baru-baru ini sempat merakam detik mereka membantu seorang lelaki yang terperangkap di dalam kon penghadang jalan.

Kakitangan Syarikat Kejuruteraan Trafik (CET) di Sao Paulo sedang mengalihkan kon dari kawasan jalan untuk melakukan kerja pembaikan apabila mereka menyedari salah satu daripadanya terasa sangat berat.

Apabila mereka menyuluh pada kon berkenaan, mereka ternampak seorang lelaki tersekat di dalamnya, lapor Utusan.

Selepas beberapa percubaan, kakitangan CET berjaya mengeluarkan lelaki tersebut tanpa bantuan pasukan bomba.

Lelaki itu memberitahu, dia bersembunyi di dalam kon berkenaan untuk berlindung daripada ribut dan hujan tetapi tidak dapat keluar apabila cuaca kembali reda.

Menurut Utusan. tidak diketahui berapa lama lelaki itu terperangkap di dalam kon berkenaan dan dia turut menolak untuk diberikan bantuan perubatan.

Sumber: Utusan Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Buat Lagu Raya, Kena Ikut Peredaran Zaman, Trend Semasa’ – AC...

0
KUALA LUMPUR – Pengacara dan pelakon Datuk AC Mizal meminta orang ramai berlapang dada menerima perubahan dalam penghasilan karya kreatif terutama lagu raya ketika...

CATEGORIES