Friday, January 9, 2026
HomeHIBURANZara Zya Berang, Lelaki Miang Komen Ajak Berasmara

Zara Zya Berang, Lelaki Miang Komen Ajak Berasmara

PETALING JAYA – Pelakon Zara Zya berang apabila menerima komen lucah sebelum bertindak mendedahkan wajah lelaki yang berperangai tidak senonoh dalam satu hantaran Instagram.

Pemilik nama Zainurul Razia Mohd. Zainuddin itu berkata, dia bukan seorang yang suka membalas komen netizen selain sering memilih mengabaikan pelbagai bentuk kecaman yang dilemparkan kepadanya sebelum ini.

“Kadang-kadang penat nak baca komen sebab saya nak menjaga kesihatan mental. Banyak komen yang saya dapat, positif dan mampu buat saya tersenyum.

“Adakalanya saya terpanggil untuk membalas, supaya si pemberi komen juga gembira bila mendapat balasan daripada saya.

“Tapi dalam pada itu, macam-macam kejian, gurauan kasar, kutuk wajah, status bujang, kesihatan saya dan bermacam-macam lagi,” katanya.

Zara menambah, dia menyifatkan komen ditulis lelaki terbabit merupakan yang paling biadab pernah diterimanya.

Menerusi perkongsian tersebut, dia memuat naik wajah dan tangkap layar komen lelaki terbabit yang mengajaknya melakukan persetubuhan.

“Kata-kata ini antara paling kurang ajar setakat ini saya baca. Secara terbuka kamu komen begini.

“Kasihan pada diri kamu dan keluarga kamu,” jelasnya.

Rata-rata netizen memintanya melaporkan individu terbabit ke pihak berkuasa agar dapat memberi kesedaran dan perkara sama tidak berulang lagi.

Sebelum ini, Zara juga pernah menerima komen negatif netizen mengenai penyakit kanser buah pinggang yang dihidapinya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

KPM Kaji Keperluan Wujud Semula UPSR, PT3

0
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengkaji semula keperluan mewujudkan kembali Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) berikutan pengaktifan semula...

CATEGORIES