Wednesday, June 24, 2026
HomeHIBURANTilawah, Kawad Semua Masuk, Mimi Tokoh Kokurikulum – Guru

Tilawah, Kawad Semua Masuk, Mimi Tokoh Kokurikulum – Guru

PETALING JAYA – Bekas guru kepada penyanyi Mimi Fly yang dikenali sebagai Rozainy Harshiem memuji pelajarnya itu yang kini giat mencipta nama sebagai seorang penghibur sejati.

Rozainy menerusi satu coretan dalam ruangan komen media sosial berkata, Mimi atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norhisham adalah bukti kemenjadian hasil didikan guru-guru di sekolah.

“Bukan sahaja dalam bidang seni—menyanyi, menari, berlakon pun dia boleh (buat).

“Pernah menang pertandingan kawad kaki peringkat negeri. Masuk tilawah peringkat daerah, menang juga. Bahkan, bersukan pun dia menjadi juga.

“Tak hairan dianugerahkan Tokoh Kokurikulum terbaik sekolah,” tulis Rozainy yang berkhidmat di Sekolah Menengah Assunta.

Guru Mimi itu tidak lupa menitipkan pesanan buat bekas pelajarnya itu berbunyi: “Jika memetik bintang di langit, jangan lupa kaki tetap cengkam di bumi. Cikgu bangga dengan awak.”

Terdahulu, Mimi yang merupakan ahli One Nation Emcees mencetuskan fenomena tersendiri menerusi lagu Angkat Kaki dan terbaharu lagu raya berjudul Serumpun.

Semalam, nama Mimi terus meledak apabila membuat ramai tercengang selepas berjaya mengalunkan potongan ayat daripada surah al-Jaathiyah ayat 20 hingga 21.

Bacaan Mimi membuatkan panel-panel dalam program tersebut tercengang dan memuji kehebatan bacaan pelantun lagu Serumpun itu.

“Masya-Allah, tak sangka saya. Inilah yang saya suka bila ada sahabat kita daripada kalangan penyanyi bila dia mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran, tercengang kita yang mendengarnya,” kata Ustaz Tarmizi.

Mimi sebelum ini pernah dikecam netizen kerana berpenampilan ala berkemban dalam video muzik lagu rayanya yang berjudul Serumpun.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Tak Pernah Meletakkan Noktah Terhadap Lakonan’ – Lisa Surihani

0
MELIHAT kehidupan figura bernama Datin Lisa Surihani ketika ini, pasti ramai mula beranggapan kerjayanya sebagai pelakon sudah dinoktahkan. Jika skeptikal sebegitu yang ada dalam dalam...

CATEGORIES