Thursday, March 12, 2026
HomeHIBURANTidak Perlu Minta Kebenaran 4U2C Untuk Muat Naik Lagu di Platform Digital

Tidak Perlu Minta Kebenaran 4U2C Untuk Muat Naik Lagu di Platform Digital

KUALA LUMPUR: Komposer Man Senoi atau nama sebenar, Othman Masri, 72, dan isteri, Ramziah Mohamed Noor, 62, atau Mama Rap, tidak perlu mendapatkan persetujuan anggota 4U2C apabila memuat naik lagu-lagu mereka di platform Spotify.

Man Senoi berkata, lagu-lagu terbabit adalah hak mereka sepenuhnya dan dilindungi Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP),

“Saya sudah merujuk perkara ini dengan peguam. Kami dimaklumkan ada hak sepenuhnya terhadap lagu-lagu ini.

“Kami tidak perlu merujuk kepada 4U2C. Mereka boleh tuntut royalti sebagai pelaku (penyanyi) dengan Recording Performers Malaysia (RPM).

“Sudah jelas syarikat kami, Zman Productions adalah pemilik ‘sound audio’ dan pemegang hak 25 ‘sound recording’ lagu-lagu 4U2C adalah milik Man Senoi,” katanya kepada Harian Metro.

Man Senoi berkata, dia sudah menyerahkan lagu-lagu kepada MACP dan menerima ketetapan yang dibuat, selain tidak mahu memanjangkan perkara ini.

Man Senoi berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Datuk AC Mizal dan 4U2C pada sidang media mengenai isu hak cipta lagu 4U2C bersama penganjur Juss Event, semalam.

Pada sidang media itu, AC meminta agar vokal mereka dikeluarkan dan digantikan dengan muzik instrumental.

Terdahulu, konflik tercetus membabitkan pengasas 4U2C ini apabila mendakwa tiada mana-mana pihak sama ada anggota 4U2C atau penganjur konsert menghubunginya untuk meminta kebenaran, sedangkan Zman Productions mempunyai hak terhadap 25 lagu nyanyian 4U2C.

Pada sidang media, kelmarin, AC memaklumkan meneruskan konsert seperti dirancang kerana mendapat kelulusan MACP.

AC dilapor berkata, mereka sudah mendapatkan lesen sah daripada MACP untuk mempersembahkan lagu-lagu terbabit secara langsung diiringi band.

AC dilapor menjelaskan, berdasarkan Akta Hak Cipta 1987, penyanyi tidak perlu mendapatkan kebenaran pencipta untuk membuat persembahan secara langsung selagi ia tidak mengubah struktur lagu atau menerbitkannya semula dalam bentuk rakaman.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

YKAT Bantu Sathiya Dapat Kaki Palsu, Pencen Bulanan RM500

0
PETALING JAYA – Prihatin dengan nasib pelawak Sathiya, Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) mempertimbangkan untuk menyenaraikan artis veteran itu sebagai antara penerima bantuan pencen...

CATEGORIES