Tuesday, April 28, 2026
HomeHIBURANSemua Sepupu Beranak-Pinak, Saya Bila Lagi Ya Allah - Aprena Manrose

Semua Sepupu Beranak-Pinak, Saya Bila Lagi Ya Allah – Aprena Manrose

PETALING JAYA – Di sebalik kegembiraan menyambut perkhabaran kehamilan sepupunya, Datin Nelydia Senrose, pelakon Aprena Manrose tidak dapat menyembunyikan rasa sayu mengenangkan perjalanan mereka selama yang pernah bersama-sama melalui fasa usaha memiliki zuriat (TTC).

Aprena atau nama penuhnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 33, menzahirkan isi hatinya yang kini berdepan sedikit kesunyian selepas rakan seperjuangannya dalam misi TTC itu kini bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

“Nak meluah sekejap. Dahulu saya dan Nely (Nelydia) sama-sama TTC, kita kuatkan sama-sama kita.

“Sekarang tinggallah saya seorang saja yang belum ada rezeki anak,” katanya dalam Threads.

Malah, pelakon drama Tiada Arah Jodoh Kita itu timbul persoalan mengenai giliran dirinya apabila melihat ahli keluarganya sudah memiliki zuriat masing-masing.

“Semua sepupu dah beranak-pinak. Saya bila lagi ya Allah?,” soalnya.

Sebelum ini, Nelydia mengumumkan hamil anak pertama selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Hafez Halimi Abdul Hamid.

Aprena pula mengesahkan perceraiannya dengan bekas suami, Mohd. Afiq Hazman pada Jun tahun lalu.

Aprena dan Afiq mendirikan rumah tangga pada 12 November 2016 namun tidak dikurniakan cahaya mata sepanjang tempoh perkongsian hidup mereka.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Qadejah Dimasukkan Ke Hospital, Shahida Mohon Doa Orang Ramai – “Dia...

0
Usahawan dan penyanyi, Datin Seri Shahida meluahkan kebimbangan apabila anak keduanya, Qadejah El Zahra dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit dada dan sukar bernafas. Menerusi...

CATEGORIES