PETALING JAYA – Hidup ibarat dilanda badai, pelakon Kamal Adli mengakui tahun 2025 meninggalkan memori pahit buat dirinya.
Meski tidak berkongsi secara terperinci, pemilik nama penuh Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, itu berkata, terlalu banyak cabaran perlu ditempuhnya sepanjang tahun 2025.
“Salam rakyat! Jadi, macam mana tahun 2025 kalian? Untuk saya, tahun 2025 banyak yang Allah duga.
“Banyak benda saya belajar, dalam hati Dia saja tahu. Cuba buat gembira tetapi ‘kantoi’ juga,” katanya dalam platform Threads.
Dihujani pelbagai perkongsian pengalaman dan doa, dia mendoakan orang lain agar dikurniakan kehidupan lebih baik pada masa akan datang.
“Hebat-hebat perkongsian kalian semua, terima kasih sebab kongsi dengan saya.
“Semoga Allah permudahkan perjalanan, lindungi dan murahkan rezeki kalian okey,” katanya lagi.
Terdahulu, nama Kamal mula bertebaran dalam media sosial selepas isterinya yang juga pelakon, Uqasha Senrose memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu dan prosiding pertama berlangsung pada 22 Oktober 2025.
Permohonan cerai berkenaan dibuat Uqasha pada 1 Oktober lalu di bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam dengan alasan tiada lagi persefahaman antara mereka.
Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, 19 bulan.
Sumber – KOSMO! ONLINE





