Thursday, May 28, 2026
HomeHIBURAN‘Mohon Maaf Kepada Semua Wanita Yang Rasa Aku Terlalu Kasar’ - Aweera

‘Mohon Maaf Kepada Semua Wanita Yang Rasa Aku Terlalu Kasar’ – Aweera

PETALING JAYA – Penyanyi Aweera mencuri perhatian ramai apabila tampil memohon maaf kepada mana-mana individu yang terasa hati dan tidak selesa dengan dirinya.

Mengundang tanda tanya ramai, Aweera, 34, mengakui dirinya bukan manusia sempurna dan mempunyai banyak kelemahan.

“Aku sedar tidak sempurna. Aku tidak hebat dan hanyalah seorang manusia biasa.

Aku hanyalah manusia yang penuh dengan cacat cela. Apa yang datang dari ‘tanah’ akan kembali ke ‘tanah’.

“Aku tidak layak untuk ‘diterima’ dan bukan sesiapa,” katanya dalam satu hantaran Instagram.

Tambah penyanyi lagu Aku, Dia dan Lagu itu, buat masa ini dia hanya mahu merasai kegembiraan dalam hidup.

“Namun aku tetap bersyukur dengan semua yang telah Allah SWT kurniakan kepadaku. Aku hanya mahu merasai sedikit kebahagiaan sebelum menutup mata.

Mohon maafkan aku jika aku membuatkan kalian semua berasa tidak selesa, sama ada rakan-rakan artis atau sesiapa sahaja. Maafkan aku,” ujarnya.

Dia juga berkali-kali memohon maaf sekiranya setiap perkara yang dilakukan menggores hati mana-mana pihak selain menegaskan tiada niat untuk menagih perhatian.

“Aku bukannya mahukan perhatian daripada sesiapa pun, aku hanyalah manusia yang lemah.

Aku memohon maaf kepada semua wanita yang merasakan aku terlalu kasar terhadap mereka. Aku cuma mahu rasa berkawan dengan niat yang ikhlas,” katanya lagi.

Dia bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci hantaran tersebut ditujukan kepada mana-mana pihak.

Sebelum ini, Aweera pada Februari lalu mendedahkan mengalami depresi akibat kecaman netizen mengenai kemampuan vokalnya

Aweera atau nama penuh, Nasharul Aweera Norhissham, berkata, berdepan situasi sebegitu bukan perkara mudah buatnya dan terpaksa berjuang seorang diri.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tamak? Kami Tak Kecil Hati, Ini Demi Kelangsungan’ – Awie

0
BUKAN tamak, kumpulan Wings sedia mengambil satu persatu tawaran persembahan dan konsert adalah atas permintaan ramai, sekali gus demi kelangsungan jenama band yang sudah...

CATEGORIES