Thursday, March 12, 2026
HomeHIBURAN‘Mereka Bayar RM6 Juta, Dengan Syarat Saya Buka Tudung’

‘Mereka Bayar RM6 Juta, Dengan Syarat Saya Buka Tudung’

PETALING JAYA – “Mereka nak beri saya 10 juta yuan (RM6 juta) dengan syarat saya perlu buka tudung.”

Demikian pendedahan mengejutkan penyanyi popular, Shila Amzah yang pernah ditawarkan menjadi duta jenama syampu dengan bayaran tak masuk akal di China beberapa tahun lalu.

Shila atau Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, 35, bagaimanapun menolak tawaran terbabit tanpa sekelumit penyesalan di dada.

“Ketika itu saya sudah berhijab.

“Saya terus tolak, tak perlu fikir pun,” katanya dalam sebuah video temu ramah bersama stesen radio tempatan siaran semalam.

Jelas penyanyi yang cukup dikenali menerusi lagu Memori Tercipta itu, artis di China kebiasaannya memang berduit memandangkan rata-rata selebriti dibayar dengan jutaan yuan setiap projek.

“Memang di China pelakon dan penyanyi akan lebih kaya. Satu episod lakonan memang akan dibayar jutaan yuan,” katanya lagi.

Terdahulu, Shila mula mencipta nama di China selepas menjadi juara pertandingan nyanyian Asian Wave pada 2012.

Namanya makin meledak selepas menyertai satu lagi pencarian bakat I am A Singer musim kedua pada 2014 menyebabkannya mula berpindah mencari rezeki di Hong Kong.

Dia juga pernah menjadi sorotan media sebagai penyanyi tempatan yang mempunyai pendapat tertinggi iaitu anggaran nilai bersih berjumlah AS$ 50 juta (RM200 juta).

Baru-baru ini, dia mengesahkan menerima bayaran dalam matawang dolar Amerika Syarikat untuk kebanyakan persembahan atau pertandingan di luar negara.

Tahun lalu, Shila kembali ke China menerusi rancangan Singing with Legends.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

YKAT Bantu Sathiya Dapat Kaki Palsu, Pencen Bulanan RM500

0
PETALING JAYA – Prihatin dengan nasib pelawak Sathiya, Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) mempertimbangkan untuk menyenaraikan artis veteran itu sebagai antara penerima bantuan pencen...

CATEGORIES