Monday, May 11, 2026
HomeHIBURANMawi Terima Pengiktirafan Ikon Seni Islamik Antarabangsa

Mawi Terima Pengiktirafan Ikon Seni Islamik Antarabangsa

KUALA LUMPUR: Artis serba boleh, Mawi melakar satu lagi pencapaian membanggakan apabila diumum sebagai Icon of Islamic Arts & Music pada anugerah World Islamic Tourism & Trade Expo (WITEX), baru-baru ini.

Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani, menyifatkan pengiktirafan itu sangat bermakna, apatah lagi ia hadir pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-44, Isnin lalu.

“Pihak penganjur hubungi saya dan maklumkan mahu beri anugerah. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana tidak pernah menyangka menerima penghargaan sebegini.

“Bila dipilih ini, maksudnya ada pihak yang nampak sumbangan saya dalam seni Islamik. Lebih istimewa, ia jatuh pada tarikh lahir saya pula. Rezeki yang sangat besar buat saya,” katanya.

Menurut Mawi, WITEX bukan sahaja mengiktiraf penggiat seni, malah turut memberi penghormatan kepada pelbagai sektor lain seperti perniagaan, insurans, kewangan, pelancongan, perbankan, perubatan, hospitaliti, budaya dan kulinari.

“Saya dipilih untuk kategori seni dan muzik, tanpa sebarang penyertaan. Pihak penganjur sendiri hubungi dan menjemput saya hadir ke acara itu,” jelasnya.

Sebagai platform global utama, WITEX menghimpunkan profesional industri, pelabur serta wakil kerajaan dari seluruh dunia bagi meneroka inovasi, trend serta peluang baharu dalam ekosistem ekonomi Islam.

Dalam perkembangan lain, Mawi turut berkongsi bakal kembali dengan karya muzik baharu menerusi kolaborasi bersama dua penyanyi rap popular, Kmy Kmo dan Luca Sickta.

“Minggu depan saya masuk studio untuk rakaman lagu berjudul Satu Arah. Lagu ini membawa mesej kesatuan, menyeru agar kita saling bersatu serta menghindari perpecahan atau sengketa.

“Ia boleh ditafsirkan mengikut pemahaman masing-masing, namun yang pasti, mesejnya tetap kepada penyatuam.” kata Mawi.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Dari Kecil Anak-Anak Kena Tahu Cara Lindungi Diri’ – Zahirah Macwilson

0
DUA figura popular, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza sering menjadi perhatian peminat bukan sahaja kerana bakat lakonan, malah personaliti mereka yang dianggap mempunyai...

CATEGORIES