Friday, October 16, 2026
HomeHIBURAN‘Kami Bukan Beli Satu Percuma Satu, Kasihanilah Kami’ - Shila Amzah

‘Kami Bukan Beli Satu Percuma Satu, Kasihanilah Kami’ – Shila Amzah

PETALING JAYA – Penyanyi Shila Amzah meluahkan rasa terkilan apabila ada segelintir pihak menawarkan kerja dengan bayaran pakej suami isteri.

Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, 35, berkata, dia dan suaminya, Ubai MZ tidak boleh dikira sebagai satu pakej memandangkan bidang tugas serta kadar bayaran masing-masing yang berbeza.

“Tetaplah nak harga pakej laki bini. Usahlah wahai kawan, kasihanilah kami yang kerja bebas ni. ‘We dont come in package’.

“Kami bukan beli satu percuma satu. Tidak kiralah muncul satu saat ke, cuma guna suara ke,” tulisnya dalam hantaran di Threads.

Luahan  juara Asian Wave 2012 itu mendapat sokongan peminat yang rata-rata sependapat dengan pendiriannya.

“Penat artis bina nama, senang-senang nak beli satu dapat satu. Babap (pukul) karang,” kata netizen.

“Bagi pakej tapi harga dah termasuk untuk dua orang. Tiada diskaun,” kata peminat lain.

Terdahulu, Shila dan Ubai MZ juga pempengaruh mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Penuntut Universiti Didakwa Tikam Bekas Teman Wanita, Adik Mangsa Hingga Parah

0
KUALA LUMPUR - Seorang penuntut universiti swasta warga China mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan...

CATEGORIES