Thursday, May 28, 2026
HomeHIBURAN‘Jangan Pertikai Hidup Orang, Masing-Masing Ada Ujian’

‘Jangan Pertikai Hidup Orang, Masing-Masing Ada Ujian’

PETALING JAYA – Lain orang berbeza cerita, pelakon Zara Zya menasihati khalayak agar berhenti menghakimi kehidupan individu lain sesuka hati.

Ujar Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 41,perjalanan hidup setiap individu berbeza, justeru tidak wajar dipersoalkan apatah lagi diperlekehkan.

“Jangan sesekali mempertikaikan perjalanan hidup seseorang. Apa pekerjaan dia, tinggal di mana, belum berkahwin atau belum dikurniakan anak.

“Jangan persoalkan semua itu. Mungkin hari ini kita nampak dia seperti tiada masa depan, tetapi kita tidak tahu suatu hari nanti dia yang akan membantu kita,” katanya dalam Threads.

Tambah pelakon drama Mencari Isteri Sempurna itu, sikap merendahkan rezeki orang lain hanya membuka ruang kepada keangkuhan tanpa sedar.

“Jangan mudah merendahkan rezeki orang lain kerana rezeki setiap individu tidak pernah sama.

“Tiada kehidupan sempurna. Perjuangan kita semua berbeza dan setiap orang ada ujian masing-masing,” ujarnya.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai apabila rata-rata netizen bersetuju dengan nasihat dilontarkan selain menganggap kata-kata tersebut sebagai peringatan berguna.

“Betul, kita tak tahu perjalanan hidup orang lain. Jangan cepat menghukum.

“Kadang-kadang kita rasa kita lebih baik, rupanya kita yang belum diuji,” tulis netizen.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tamak? Kami Tak Kecil Hati, Ini Demi Kelangsungan’ – Awie

0
BUKAN tamak, kumpulan Wings sedia mengambil satu persatu tawaran persembahan dan konsert adalah atas permintaan ramai, sekali gus demi kelangsungan jenama band yang sudah...

CATEGORIES