Monday, October 20, 2025
HomeHIBURAN“Dulu Cikgu Marah, Mak Tambah Di Rumah, Bukan ‘Backup’ Anak” - Nadzmi...

“Dulu Cikgu Marah, Mak Tambah Di Rumah, Bukan ‘Backup’ Anak” – Nadzmi Adhwa

PETALING JAYA – Terpanggil mengulas kes jenayah di sekolah yang semakin membimbangkan, pelakon Nadzmi Adhwa menyarankan agar hukuman merotan diperkasakan sebagai antara kaedah mendisiplinkan pelajar diaplikasikan semula.

Nadzmi atau nama sebenarnya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 32, berkata, pendekatan tegas yang pernah digunakan suatu ketika dahulu itu dapat membentuk generasi lebih berdisiplin dan menghormati guru.

“Mak ayah saya cikgu yang dah pencen. Zaman kita dulu kalau cikgu marah, mak ayah akan tambah kat rumah, bukan ‘backup’ anak.

“Kalau salah, itu tetap salah! Siapa sahaja yang tak pernah kena rotan, tarik rambut tepi telinga atau dicubit?

“Itu yang buat kita jadi manusia berguna di masa depan. Kembalikan rotan,” katanya dalam hantaran di platform Threads.

Difahamkan suami kepada pelakon Ardell Aryana menyuarakan pandangan tersebut susulan beberapa kes jenayah mengejutkan yang membabitkan golongan muda itu, baru-baru ini.

Antaranya adalah insiden rogol yang didakwa dilakukan pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di Melaka, selain kes tikam hingga membawa maut di Petaling Jaya, semalam.

Pandangan Nadzmi itu meraih sokongan netizen apabila rata-rata senada dengannya melihatkan senario yang mengakibatkan negara gempar dan mencetuskan kebimbangan masyarakat.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Agihan STR Fasa 4 Diawalkan, 8.8 Juta Penerima Terima Bayaran Mulai...

0
PUTRAJAYA: Seramai 8.8 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 akan menerima bayaran Fasa 4 mulai esok, iaitu lebih awal daripada jadual asal pada...

CATEGORIES