Wednesday, March 11, 2026
HomeHIBURANChris Martin Tak Sengaja Kantoikan Pasangan Curang di Konsert Coldplay

Chris Martin Tak Sengaja Kantoikan Pasangan Curang di Konsert Coldplay

BOSTON: Konsert Coldplay yang berlangsung di Amerika Syarikat pada Khamis mencuri perhatian apabila ‘kiss cam’ mereka tidak sengaja merakam aksi mesra seorang individu berpengaruh sebuah syarikat teknologi dengan wanita yang merupakan pekerjanya.

Ketika itu, vokalis Coldplay, Chris Martin menyanyikan lagu ‘Yellow’. Kamera ‘kiss cam’  tidak sengaja menayangkan aksi mesra dua individu yang didakwa berstatus isteri dan suami orang sedang berpelukan.

Pasangan itu kemudian dilihat terkejut dan menyembunyikan wajah daripada kamera. Apa yang menarik, reaksi spontan Chris Martin melihat klip itu menjadi bahan bualan warga maya.

“Oh tengoklah dua orang itu, ini namanya kalau tidak skandal, mungkin mereka memang pemalu,” katanya spontan.

Difahamkan, pasangan itu beredar keluar daripada konsert selepas pendedahan tersebut. Video mereka kemudian menjadi tular di internet dan menjadi bahan perbualan sejak semalam.

Rata-rata terkejut dan mempertikaikan etika kerja syarikat tersebut. Manakala di sisi lain, ada juga yang bersimpati dengan reputasi kedua-dua individu itu selepas ini.

Bukan itu sahaja, isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif itu juga dikatakan sudah memadam nama suami di akaun media sosialnya selepas kejadian itu.

Sumber – UTUSAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Buat Lagu Raya, Kena Ikut Peredaran Zaman, Trend Semasa’ – AC...

0
KUALA LUMPUR – Pengacara dan pelakon Datuk AC Mizal meminta orang ramai berlapang dada menerima perubahan dalam penghasilan karya kreatif terutama lagu raya ketika...

CATEGORIES