Sunday, May 31, 2026
HomeHIBURANBuli Orang Di Media Sosial, Anda Tiada Beza Dengan Pembuli Sekolah

Buli Orang Di Media Sosial, Anda Tiada Beza Dengan Pembuli Sekolah

KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Sweet Qismina meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang lantang menyokong kempen anti-buli, namun pada masa sama melakukan perbuatan sama di media sosial.

Menerusi satu hantaran di platform Threads, Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi menegur pihak yang gemar meninggalkan komen berbentuk kecaman dan hinaan.

“Beria sokong kempen anti-buli terhadap arwah Zara tetapi tidak berhenti mengutuk dan membuli orang di media sosial. Anda tiada beza dengan pembuli sekolah. Anda seorang mental abuser,” katanya.

Pelakon drama Nenek Bongkok Tiga itu menjelaskan buli siber tidak semestinya melibatkan isu besar, sebaliknya boleh berlaku dalam bentuk yang mudah seperti menghina rupa paras seseorang.

“Buli siber boleh jadi semudah mengutuk muka orang di media sosial. Itu juga mental abuse. Tak kenal tetapi kutuk, mengapa perlu begitu?” katanya lagi.

Kenyataan tersebut mendapat perhatian ramai yang bersetuju dengan pandangannya mengenai budaya buli siber yang semakin berleluasa dan sering disalah anggap sebagai gurauan.

Sumber – Utusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tamak? Kami Tak Kecil Hati, Ini Demi Kelangsungan’ – Awie

0
BUKAN tamak, kumpulan Wings sedia mengambil satu persatu tawaran persembahan dan konsert adalah atas permintaan ramai, sekali gus demi kelangsungan jenama band yang sudah...

CATEGORIES