Monday, April 20, 2026
HomeHIBURAN‘Bukan Hamil Hanya Mummy Pouch, Lain Semua Kurus’

‘Bukan Hamil Hanya Mummy Pouch, Lain Semua Kurus’

PETALING JAYA – Pelakon Datin Atikah Suhaime menafikan dakwaan segelintir netizen yang mengatakan dirinya sedang hamil anak kedua ketika ini.

Dakwaan yang muncul disebabkan melihat ‘baby bumpnya’ dalam sebuah video, Atikah, 34, berkata, dia tidak hamil sebaliknya hanya ‘mummy pouch’ iaitu lebihan lemak dan kulit kendur pada bahagian perut selepas melahirkan anak pertama.

“Bukan awak, ‘mummy pouch’ memang susah nak turun, bahagian lain semua dah kurus kecuali itu.

“‘Mungkin pada Januari depan sudah tiada (mummy pouch), lengan kaki semua sudah kurus,” katanya membalas komen netizen dalam TikTok.

Tambah Atikah, material pakaian yang dipakainya juga menjadi punca netizen melihat dia kelihatan seperti wanita hamil.

“Kemudian, saya lupa bahawa tidak lagi kurus seperti sebelum ini.

“Saya pakai baju material satin, tak sesuai sebab nampakkan saya gemuk,” ujarnya.

Sebelum ini, pelakon asal Singapura itu menegaskan jalan terbaik untuk menurunkan berat adalah badan adalah dengan melakukan senaman dan diet sihat tanpa penggambilan sebarang produk perlansingan atau ubat kurus.

Terdahaulu, Atikah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh pada 21 Januari 2024.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang bayi perempuan, Lyla Mulan Teh pada 8 Mac 2025.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Walau Hanya Game Atau Berlakon, Kita Kena Letakkan Sempadan’

0
KUALA LUMPUR – Pelakon Intan Ladyana menolak tanggapan mempertahankan tindakan suaminya, Harris Alif yang terkait dengan dakwaan ‘microcheating’ atau mesra dengan wanita lain dalam...

CATEGORIES