Monday, September 21, 2026
HomeHIBURAN‘Bersyukur Kau Orang Tua’ – Shila Amzah Diserang Penyanyi Legenda

‘Bersyukur Kau Orang Tua’ – Shila Amzah Diserang Penyanyi Legenda

PETALING JAYA – Penyanyi popular, Shila Amzah diserang seorang penyanyi bertaraf legenda sewaktu membuat latihan konsert di Stadium Merdeka.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 35, mendedahkan perkara itu terjadi di hadapan kru yang bertugas untuk sesi latihan Konsert MR D.I.Y.

“Gila bila seorang penyanyi legenda boleh menyerang saya di hadapan semua kru di tempat awam. Bersyukur sebab kamu orang tua.

“Tetapi kamu telah mencetuskan ‘anxiety’ (kebimbangan)  terhadap keselamatan saya,” tulisnya dalam Instastory.

Menerusi perkongsian semula hantaran pengurus Shila yang dikenali sebagai Aini, dia menyatakan bahawa satu laporan polis telah pun dibuat dan siasatan lanjut akan dijalankan.

Setakat ini, belum dapat dikenal pasti siapa penyanyi legenda yang dimaksudkan Shila.

Antara penyanyi yang terlibat dalam Konsert sempena ulang tahun ke 20 MR. D.I.Y ialah Datuk Amy Search, Datuk Awie, Ella Aminuddin, Jaclyn Victor, Penny Tai, Jeryl Lee dan 3P.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kawalan Masuk Wisma Negeri Diperketat, Petugas Media Perlu Ada Surat Kebenaran

0
SEREMBAN - Pengamal media tidak dibenarkan memasuki Wisma Negeri hari ini susulan pengumuman Istana Negeri Sembila bahawa Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku MUnawir...

CATEGORIES