Wednesday, April 1, 2026
HomeHIBURAN‘Bersabar Sebab Anak? Ya, Kerana Dialah Saya Bertahan Setahun’ - Uqasha Senrose

‘Bersabar Sebab Anak? Ya, Kerana Dialah Saya Bertahan Setahun’ – Uqasha Senrose

PETALING JAYA – “Bersabar sebab anak? Sebab itulah sudah setahun saya bertahan.”

Demikian ujar pelakon, Uqasha Senrose yang akhirnya membuka sedikit ruang tentang kisah rumah tangganya bersama suami, aktor Kamal Adli, selepas memfailkan perceraian, semalam.

Menurut Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, keputusannya bukan dibuat secara terburu-buru, sebaliknya selepas tempoh panjang mempertahankan mahligai cinta mereka demi anak tersayang.

“Bersabar untuk anak? Ya, kerana anaklah saya bertahan selama setahun,” katanya dalam TikTok.

Mengulas lanjut, bintang filem Bisikan Dosa itu tidak menafikan rumah tangganya dilanda badai hebat, namun menganggap apa yang berlaku sebagai ujian daripada Tuhan.

Malah, dia enggan membuka aib sesiapa dan memilih untuk berdiam selain menyerahkan segalanya kepada ketentuan Ilahi.

“Betul ini dugaan, dugaan untuk diri saya. Sudah bahagian saya begini. Setiap manusia tidak akan henti diuji, cuma bentuk ujiannya berbeza.

“Dah terlalu masak dan terlampau masak, terserah kepada kalian (netizen). Saya tidak pernah berniat mahu membuka aib sesiapa. Mata saya pun sampai nampak lain sebab banyak menangis,” ujarnya.

Sementara itu, mahkamah menetapkan 28 Oktober ini sebagai tarikh baharu bagi prosiding kes perceraian antara pasangan tersebut selepas pihak defendan, Kamal, tidak hadir pada prosiding pertama yang berlangsung semalam.

Difahamkan, Uqasha memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu, di bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam, dengan alasan tiada lagi persefahaman.

Pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, berusia 1 tahun enam bulan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Jangan Sia-Siakan Hidup, Abah Mahukan Yang Terbaik Buat Marissa’

0
PETALING JAYA – Meskipun hanya berstatus bapa tiri, suami kepada penyanyi dan pelakon, Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria menasihati Marissa Dania Hakim agar tidak...

CATEGORIES