Tuesday, August 11, 2026
HomeHIBURANAmir UK's Lapor Polis, Kecewa Jadi Mangsa Penipuan Haji

Amir UK’s Lapor Polis, Kecewa Jadi Mangsa Penipuan Haji

KUALA LUMPUR: Penyanyi legenda tanah air, Amir UK’s meluahkan kekecewaan selepas didakwa menjadi mangsa penipuan syarikat yang memberikan penajaan bagi menunaikan ibadah haji.

Amir atau nama sebenarnya, Mohd Azmir Muhammad Yusof, 56, berkata, dia agak terkilan selepas penantian sekian lama menunaikan ibadah haji berakhir dengan kedukaan.

Namun, katanya, apakan daya semuanya terkubur selepas ditipu pihak berkenaan, tetapi tetap reda dengan ujian menimpanya dan isteri, Sarimah Ahmad, 51.

Penyanyi lagu Di sana Menanti Di Sini Menunggu itu sepatutnya berlepas ke tanah suci pada 1 Jun lalu bersama 77 jemaah lain kini menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

Pada masa sama, katanya, kes penipuan itu sudah berada dalam radar penyiasatan pihak berkuasa selepas laporan dibuat jemaah.

“Saya sepatutnya terbang ke Jeddah menerusia Singapore Airlines, Ahad lalu bersama isteri dan jemaah lain selepas ditaja sebuah syarikat.

“Bagaimanapun, hingga saat ini, saya belum lagi berangkat ke tanah suci selepas difahamkan visa penerbangan tidak diluluskan.

“Sekarang, sudah jadi kes polis mengenai isu penipuan ini. Saya sudah membuat laporan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Jadi, biarlah polis menyiasat perkara itu secara lebih terperinci agar kami dapat mengetahui punca. Sejujurnya, saya meletakkan harapan tinggi untuk pergi menunaikan rukun Islam kelima selepas semua persiapan dibuat,” kata Amir sebak ketika dihubungi.

Terdahulu, Amir bersyukur selepas penantiannya untuk menunaikan ibadah haji bersama isterinya bakal tertunai selepas mendapat tajaan daripada sebuah syarikat.

Amir pernah mengeluarkan enam album dengan 60 lagu hampir mengalir air mata selepas namanya bersama isteri tersenarai dalam ribuan jemaah yang memohon untuk ke tanah suci.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Benda Disangka Hancurkan Itulah Dekatkan Kita Pada Allah’ – Yassin Yahya

0
PETALING JAYA – Pernah berdepan pengalaman pahit yang menggemparkan negara, pelawak Yassin Yahya mengakui insiden dilalui menjadi pengajaran untuk memperbaiki diri serta menjaga hubungan...

CATEGORIES