Sunday, September 28, 2025
HomeHIBURANAmir Raja Lawak Reda, Arwah Bapa Pergi Dengan Tenang

Amir Raja Lawak Reda, Arwah Bapa Pergi Dengan Tenang

KOTA BHARU: “Alhamdulillah, abah pergi dengan tenang dan kami sempat mengajarnya selawat serta mengucap sebelum dia menutup mata,” kata pelawak Amir Raja Lawak.

Amir atau nama sebenarnya, Mohammad Amirullah Azmi, 36, berkata, bapanya, Azmi Deris, 67, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, di sini, akibat kanser usus jam 10.52 malam tadi.

Menurutnya, dia sepatutnya ke Kuala Lumpur hari ini bagi menghadiri sidang media Muzikal Lawak Superstar namun semalam keadaan bapanya semakin kritikal dan doktor meminta agar semua ahli keluarga hadir di hospital.

“(Arwah) abah sudah sebulan dimasukkan ke wad dan terbaru paru-parunya ditebuk kerana mengandungi air selain leher juga untuk mengeluarkan kahak.

“Semalam keadaannya semakin kritikal dan doktor memberi pilihan sama ada setuju untuk ditidurkan atau tidak namun ada risikonya dan kami mengambil keputusan agar abah pergi dengan tenang (tidak ditidurkan).

“Sebenarnya, saya perlu ke Kuala Lumpur pagi ini dan rancang akan pulang segera esok bagaimanapun Allah izinkan untuk saya bersama abah sehingga dia menghembuskan nafas terakhir jam 10.52 malam tadi di sisi kami malah sempat diajar mengucap serta selawat,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Makam Tok Kenali, Kubang Kerian.

Amir berkata, meskipun seakan belum bersedia dengan kehilangan bapa, mereka sekeluarga reda malah di saat akhir, mereka sempat menunaikan permintaan arwah yang teringin makan nasi kerabu dan char kuetiaw.

Katanya, banyak kenangan antaranya dengan arwah bapanya yang membuatkan semuanya terbayang semula dalam ingatan terutama di saat kesihatan yang semakin teruk apabila berulang-alik ke hospital.

“Saya tidak boleh keluar Kelantan dalam tempoh lama dan jika ada urusan kerja memang perlu terus pulang kerana sebagai anak sulung, saya sangat menjaga tanggungjawab ini,” katanya.

Berhubung tuntutan hutangnya sebanyak RM18,000 dari sebuah stesen TV, Amir berkata, sehingga kini masih belum ada sebarang perkembangan.

Katanya, dia juga belum memikirkan apa-apa tindakan lanjut namun sangat berharap berakhir dengan positif dan pihak TV terbabit terbuka hati untuk melangsaikan hutang itu.

“Sehingga kini tiada sebarang perkembangan dari pihak stesen TV itu dan saya pun tidak mahu fikir apa-apa lagi buat masa kini…biarlah, cuma berharap agar mereka terbuka hati untuk bayar (hutang),” katanya.

Sumber – HM Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kes Palapes UTM: Menteri Pertahanan, Mindef Setuju Tidak Ulas Kematian

0
SHAH ALAM – Menteri Pertahanan dan Kementerian Pertahanan (Mindef) bersetuju tidak lagi mengulas dan mengeluarkan kenyataan berhubung kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan...

CATEGORIES