Tuesday, July 28, 2026
HomeHIBURAN4 Hari Tayangan, Ejen Ali The Movie 2 Kutip RM15.3 Juta

4 Hari Tayangan, Ejen Ali The Movie 2 Kutip RM15.3 Juta

PETALING JAYA – Hanya dalam empat hari tayangan, filem aksi animasi Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) kini meledak dengan kutipan RM15.3 juta termasuk tayangan awal sejak 22 Mei lalu.

Ditayangkan di 161 pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei, filem arahan Usamah Zaid Yasin membuktikan adiwira kecil tempatan masih menjadi pilihan utama peminat yang teruja dengan kepulangan Ejen Ali ke layar perak.

“Alhamdulillah, sejak sesi ‘Fans Screening’ sehingga ke tayangan rasmi di pawagam, sokongan yang kami terima sangat luar biasa.

Menggalas cabaran sebagai sutradara dan Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, Usamah mengambil kesemua maklum balas untuk dijadikan pembakar semangat buatnya bagi menghasilkan naskhah animasi terbaik pada masa akan datang.

“Bagi pihak produksi, kami berasa amat terharu dan gembira setiap kali membaca komen serta maklum balas daripada penonton.

“Senua itu sangat bermakna buat kami dan lebih menggalakkan kami sebagai pengkarya untuk terus mengusahakan naskhah Ejen Ali akan datang,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Tayangan EATM2 dijangka akan mencatat angka yang lebih tinggi apabila musim cuti sekolah bermula 29 Mei ini.

Difahamkan, tiket sedang terjual pantas di pelbagai lokasi dan beberapa pawagam mula menambah sesi tayangan bagi memenuhi permintaan penonton.

Filem animasi terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd dan WAU Animation kini ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia dan Brunei sejak 22 Mei lalu.

Berlatarkan kota futuristik Cyberjaya, hero cilik, Ali kini menyertai program SATRIA, gabungan manusia dan kecerdasan buatan (AI) menerusi sut berteknologi tinggi bagi menghapuskan ancaman yang lebih besar, termasuk kehadiran Neonimus, penggodam penuh dendam.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan

0
SEOUL –  Seorang rakyat Malaysia maut selepas ditikam dalam satu pergaduhan berkumpulan melibatkan 10 warga asing di Daerah Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara, Korea Selatan,...

CATEGORIES