Sunday, April 26, 2026
HomeBERITAWarga Emas Maut Berbasikal Seorang Diri

Warga Emas Maut Berbasikal Seorang Diri

AMPANG – Seorang pengayuh basikal ditemui maut selepas dipercayai terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Ukay Perdana dari arah Kampung Pasir menghala ke Ukay Perdana, di sini, hari ini.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 2 petang tadi.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika lelaki berusia 62 tahun itu dalam perjalanan dari Ukay Perdana menuju ke arah Kampung Pasir.

“Mangsa yang berbasikal secara bersendirian itu dipercayai hilang kawalan ketika menuruni jalan yang sedikit berbukit dan terjatuh dari basikal,” katanya dalam kenyataan Kosmo hari ini.

Menurut Mohd Azam, mangsa warga tempatan itu mengalami kecederaan di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Ampang.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saksi bebas yang menyaksikan kejadian tersebut diminta untuk tampil menyalurkan maklumat berkenaan kejadian dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Ampang Jaya Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 012-4401093,” ujarnya.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Meta Buang 8,000 Pekerja Bulan Depan

0
WASHINGTON  – Meta merancang mengurangkan kira-kira 10 peratus kakitangannya pada bulan depan selepas syarikat tersebut meningkatkan perbelanjaan pada projek kecerdasan buatan (AI), lapor Perbadanan...

CATEGORIES