Thursday, June 25, 2026
HomeBERITATiga Termasuk Kanak-Kanak Terkorban Dalam Kemalangan Melibatkan Tiga Kenderaan.

Tiga Termasuk Kanak-Kanak Terkorban Dalam Kemalangan Melibatkan Tiga Kenderaan.

LAHAD DATU – Tiga termasuk seorang kanak-kanak perempuan maut manakala dua parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Felda Sahabat di sini, pada Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.19 petang dan seramai 10 anggota dikejar ke lokasi kemalangan.

Katanya, kemalangan melibatkan kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara, Proton Saga Aeroback dan motosikal yang bertembung.

“Terdapat 13 mangsa terlibat. Empat mangsa dalam kereta Proton Saga Aeroback dikeluarkan oleh orang awam dan dua parah dihantar ke Klinik Kesihatan Tungku oleh ambulans bagi rawatan lanjut.

“Seorang lagi mangsa Proton Iswara Aeroback dan seorang penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Sementara, seorang lagi penumpang Proton Iswara Aeroback meninggal dunia dalam perjalanan ke klinik,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, seramai lapan lagi individu yang berada di Nissan Navara cedera ringan.

“Identiti kesemua mangsa termasuk yang maut belum diketahui dan mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan bomba kemudian membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada bahaya lain wujud dan operasi ditamatkan pada 10.06 malam,” katanya.

Sumber –  Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Ronaldo Belum Berkarat Bantu Portugal Belasah Uzbekistan 5-0

0
HOUSTON – Cristiano Ronaldo menutup mulut pengkritiknya apabila berjaya meledak dua gol selepas membantu Portugal berpesta gol membelasah Uzbekistan 5-0 dalam aksi kedua Kumpulan...

CATEGORIES