Friday, November 27, 2026
HomeBERITATiga Pegawai TUDM, Tiga Awam Didakwa Edar 96.2kg Syabu Guna Aset Tentera

Tiga Pegawai TUDM, Tiga Awam Didakwa Edar 96.2kg Syabu Guna Aset Tentera

SHAH ALAM – Tiga pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama tiga orang awam dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar 96.2 kilogram (kg) methamphetamine atau syabu menggunakan aset TUDM minggu lalu.

Tertuduh yang terdiri daripada Leftenan Amir Ariffudin Aminullah, 33; Leftenan Muhammad Arief Fauzan Mohd Ali, 27; Kapten Muhammad Amirul Faisall Rosdin, 34; Tan Sui Seng, 48; Nur Hanis Syafiqah Muhammed Amin, 28; dan Afifah Amdas, 34, hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dikemukakan terhadap mereka di hadapan Majistret, Wan Noora Nisa Ngadirin.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa secara bersama-sama mengedar dadah itu di Pangkalan TUDM Subang, jam 6.50 petang, pada 17 November lalu.

Empat lelaki dan dua wanita itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Ia memperuntukkan hukuman mati, atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, dikenakan tidak kurang 15 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Sazali Omar; Mohd Fairuz Johari dan Nur Amirah Zahari.

Peguam, Arif Azmi; Johan Radzi dan Raqib Osman, mewakili Amir Ariffudin; manakala peguam, Muhammad Amin mewakili Muhammad Arief Fauzan.

Muhammad Amirul Faisall diwakili peguam, Alif Ahmad Tarmizi, sementara Tan diwakili peguam, Mohd Anif Rafih, manakala Nur Hanis dan Afifah belum diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan dan sebutan kes ditetapkan 23 Februari tahun depan untuk serahan dokumen.

Pendakwaan kes hari ini adalah susulan penahanan 13 individu terdiri daripada tujuh pegawai dan anggota TUDM serta enam orang awam dalam operasi oleh Lembah Klang dan Labuan di antara 17 hingga 19 November lalu.

Mereka disyaki terbabit aktiviti penyeludupan dadah menggunakan aset TUDM.

Selain enam suspek yang menghadapi pendakwaan hari ini, tujuh lagi dikenakan tindaka mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Kami Panggil Evil Eye’ – Keith Foo Percaya Kebenaran Penyakit Ain

0
KUALA LUMPUR – Pelakon Keith Foo mengakui lebih selesa menjaga privasi hubungan percintaannya bersama aktres Riena Diana berbanding terlalu terbuka berkongsi kisah peribadi kepada...

CATEGORIES