SPRM Lancar Bilik Gerakan, Terima Maklumat Rasuah Semasa PRK Kemaman

0
249
Foto: Sinar Harian

KUALA LUMPUR, 19 November- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) P040 Parlimen Kemaman.

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan bilik gerakan yang beroperasi 24 jam sehingga 2 Disember itu terletak di SPRM Cawangan Kemaman, Bangunan Persekutuan, Jalan Melor, Gong Limau, Peti Surat 6000, 24000 Kemaman, Terengganu.

“Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui emel kepada aduan.prk.terengganu@sprm.gov.my atau menghubungi talian 09-8502080,” menurut kenyataan itu.

SPRM turut mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya, selaras Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here