Seorang Rakyat Malaysia Maut, Dua Terselamat Ketika Mendaki Gunung Denali

0
268
Foto: Utusan TV

SHAH ALAM – Kementerian Luar Negeri (KLN) melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles (LA) sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan giat melaksanakan usaha membawa turun jenazah mangsa ekspedisi pendakian dari kawasan Gunung Denali, Alaska, Amerika Syarikat (AS).

Wisma Putra dalam kenyataan berkata, pihak Konsulat Jeneral Malaysia juga telah berhubung dengan ahli keluarga Allahyarham serta sedang memberikan bantuan konsular yang sewajarnya kepada mereka.

“Kementerian Luar Negeri melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles, ingin mengesahkan bahawa seorang warganegara Malaysia telah meninggal dunia semasa ekspedisi pendakian di Gunung Denali, AS.

“Kementerian juga ingin mengesahkan bahawa dua orang lagi pendaki warganegara Malaysia telah dimasukkan ke hospital dan sedang menerima rawatan

“Konsulat Jeneral Malaysia sedang memantau keadaan kesihatan mereka dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Seorang pendaki Malaysia maut, manakala dua lagi selamat selepas terkandas selama tiga hari di Gunung Denali, Alaska, Amerika Utara.

Wakil Kelab Jelajah Alpine Malaysia (KJA) dalam kenyataan memaklumkan, mangsa yang maut dikenali sebagai Zulkifli Yusuf,37 manakala dua mangsa selamat dikenali sebagai Zainudin Lot,47 dan Muhammad Illaham Ishak,47.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here