Thursday, May 28, 2026
HomeBERITAMenyamar Jadi Doktor, Remaja Guna MyKad Ibu Masuk Dewan Bedah

Menyamar Jadi Doktor, Remaja Guna MyKad Ibu Masuk Dewan Bedah

SEPANG – Remaja perempuan yang ditahan kerana menyamar sebagai doktor semalam dikatakan menggunakan MyKad ibunya bagi menceroboh masuk dewan bedah Hospital Sultan Idris Shah, Serdang (HSIS).

Perkara berkenaan disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof.

“Benar (suspek guna MyKad ibunya),” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Hari ini, remaja berusia 14 tahun itu ditahan direman selama dua hari sehingga esok menerusi perintah reman dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan di Mahkamah Majistret di sini.

Tahanan reman ke atas suspek itu dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan 170 Kanun Keseksaan iaitu menceroboh dan menyamar penjawat awam.

Semalam, Wan Kamarul Azran mengesahkan remaja warga tempatan itu ditahan pada 9 pagi semalam di lobi HSIS di sini.

Siasatan awal mendapati, suspek telah menceroboh dewan bedah hospital dan mengaku sebagai pegawai perubatan serta mahu membantu menjalankan pembedahan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

PSM Tuntut Istaf Ambil Tindakan Keras Terhadap Thailand

0
PERSEKUTUAN Sepaktakraw Malaysia (PSM) menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap Thailand susulan insiden meninggalkan gelanggang ketika final acara berpasukan pada Piala Dunia Sepak Takraw 2026...

CATEGORIES