Tuesday, July 28, 2026
HomeBERITAMenara KL Dibuka Semula Kepada Umum Esok

Menara KL Dibuka Semula Kepada Umum Esok

PUTRAJAYA – Menara Kuala Lumpur yang ditutup sementara kepada umum sebelum ini akan beroperasi semula untuk kunjungan orang ramai bermula pukul 9 pagi esok.

Kementerian Komunikasi dalam satu kenyataan berkata, pembukaan semula Menara Kuala Lumpur itu selari dengan komitmen berterusan kerajaan dalam menjamin kesejahteraan pekerja terlibat.

Katanya, ia juga bagi menyediakan perkhidmatan serta persekitaran yang kondusif dan selamat buat pengunjung.

“Menerusi pengurusan baharu premis Menara Kuala Lumpur diterajui syarikat LSH Service Master Sdn. Bhd. (LSHSM), kerajaan komited memastikan penyampaian perkhidmatan efisien dan berorientasikan pelanggan.

“Ia dengan penambahbaikan berterusan kepada aspek keselamatan dan keselesaan yang boleh menarik minat pengunjung dari dalam dan luar negara,” katanya hari ini.

Sebelum ini, Menara Kuala Lumpur ditutup sementara waktu bagi menjaga keselamatan dan keselesaan pengunjung serta memberi ruang kepada pengurusan baharu membuat kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan.

Kata Kementerian Komunikasi, kerajaan menegaskan bahawa Menara Kuala Lumpur ialah milik kerajaan di mana bermula 1 April lalu bangunan itu diambil alih oleh syarikat LSHSM.

Syarikat itu akan mengendalikan aspek pengoperasian, pengurusan dan penyelenggaraan Menara Kuala Lumpur.

“Susulan itu, pendudukan syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (MKLSB) di atas tapak Menara Kuala Lumpur selepas 31 Mac 2025 adalah tidak sah,” jelasnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan

0
SEOUL –  Seorang rakyat Malaysia maut selepas ditikam dalam satu pergaduhan berkumpulan melibatkan 10 warga asing di Daerah Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara, Korea Selatan,...

CATEGORIES