Thursday, June 11, 2026
HomeBERITAJenazah Mangsa Serangan Harimau Selamat Dikebumikan di Kuala Krai

Jenazah Mangsa Serangan Harimau Selamat Dikebumikan di Kuala Krai

KUALA KRAI – Jenazah seorang lelaki yang maut diserang harimau, Adnan Ismail, 54, di Gerik, Perak kelmarin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kenor, di sini kira-kira pukul 12.15 tengah malam tadi.

Anak mangsa, Nurul Nazirah Adnan, 29, berkata, kenderaan yang membawa jenazah bapanya dari Unit Forensik Hospital Taiping, Perak tiba di rumah keluarga di Kampung Ngangoh di sini pada pukul 11.55 malam.

Menurutnya, lebih 200 ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan turut mengiringi arwah bapanya ke tanah perkuburan selepas selesai solat jenazah di rumah.

“Kami sekeluarga bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantu mengurus jenazah bapa sehingga selesai urusan pengebumian.

“Segala urusan berjalan dengan lancar bermula dari rumah hingga ke tanah perkuburan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Nurul Nazirah memberitahu, jenazah bapanya dituntut ahli keluarga selepas proses bedah siasat selesai di Unit Forensik Hospital Taiping, Perak, sebelum dibawa pulang ke Kuala Krai.

Kosmo! Online kelmarin melaporkan seorang lelaki maut dipercayai dibaham harimau di sebuah rumah kongsi di Kilometer 79.2, JRTB Gerik-Jeli, Gerik.

Adnan dijumpai kira-kira 100 meter dari rumah kongsi yang didiaminya bersama isteri keduanya yang merupakan warganegara Thailand.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cadang Tambah Bonggol Di Laluan Menurun Genting Highlands

0
PETALING JAYA – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mencadangkan agar pihak berkaitan mengkaji untuk menambah kemudahan pengurang kelajuan termasuk...

CATEGORIES