Tuesday, May 26, 2026
HomeBERITAIndah Water Konsortium Siap Siaga Pastikan Sistem Pembetungan Beroperasi Dengan Cekap Di...

Indah Water Konsortium Siap Siaga Pastikan Sistem Pembetungan Beroperasi Dengan Cekap Di Musim Perayaan

PUTRAJAYA, 24 MAC 2026 – Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui agensi di bawahnya, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd sentiasa bersiap siaga sepanjang masa, termasuk ketika musim perayaan seperti sekarang, bagi memastikan semua aset pembetungan awam di bawah selengaraan IWK beroperasi dengan cekap demi kesejahteraan alam sekitar dan rakyat.

Syarikat pembetungan nasional ini menyelenggara kira-kira 7,767 Loji Rawatan Kumbahan awam dan 1,564 Stesen Pam Kumbahan di bawah kelolaannya serta 23,550 kilometer panjang paip pembetungan bawah tanah, yang memberi perkhidmatan kepada 32 juta penduduk setara di Semenanjung.

Bagi memastikan aset pembetungan berada pada tahap optimum, IWK melaksanakan pemantauan berterusan, penyelenggaraan berkala, pemeriksaan tapak, dan tindakan pembaikan segera sekiranya berlaku kerosakan.Pasukan operasi IWK juga sentiasa bersedia dengan sebarang aduan di lapangan, dan sedia dengan peralatan khas seperti sistem amaran awal.

Malah tenaga kerja sokongan juga dipertingkatkan bagi menangani sebarang insiden termasuk sumbatan atau sekatan paip, kerosakan pam, limpahan, atau isu bau.

Langkah proaktif ini merupakan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam mengekalkan kualiti perkhidmatan pembetungan, mencegah kacau ganggu kepada keselesaan rakyat terutamanya sepanjang tempoh perayaan, selaras dengan usaha PETRA bagi memastikan kesejahteraan masyarakat dan alam sekitar sentiasa diutamakan.

Bagi pengguna yang ingin membuat aduan, boleh hubungi melalui care@iwk.com.my atau talian khidmat pelanggan IWK 03-2083 2828 – sama ada melalui panggilan telefon (8.00 pagi – 11.00 malam) atau WhatsApp (24 jam).

Pada masa yang sama, dalam meneruskan komitmen kepada masyarakat, IWK juga meneruskan program rebat khas kepada pelanggan yang tergolong dalam eKasih. Sehingga Disember 2025 , IWK telah membelanjakan lebih RM1.1 juta untuk menampung rebat bil pembetungan kepada pelanggan berdaftar dengan eKasih, sekali gus mencerminkan keprihatinan terhadap golongan memerlukan.

Selaras dengan konsep Malaysia MADANI, IWK juga terus memperkukuh program tanggungjawab sosial korporatnya yang memberi manfaat langsung kepada komuniti, melalui program Sahabat Sekolah IWK dan Sahabat Istimewa IWK.Program Sahabat Sekolah IWK merupakan program yang menyantuni pelajar sekolah dalam usaha untuk menyemai kesedaran akan kepentingan sistem pembentungan negara demi kelestarian alam sekitar.

Tahun lepas, seramai 21,000 pelajar sekolah yang telah mendapat manfaat daripada program ini. Bagi Program Sahabat Istimewa IWK pula, program ini memberi fokus kepada pemerkasaan komuniti kelainan upaya (OKU) melalui pendekatan inklusif, memperkasakan keupayaan dan keyakinan diri, serta membuka peluang golongan berkaitan terlibat aktif dalam masyarakat.

PETRA sentiasa percaya perkhidmatan utiliti yang baik harus dipadankan dengan komitmen sosial berterusan kerana melalui inisiatif-inisiatif ini, usaha pembangunan masyarakat setempat dapat terus diperkasakan demi kesejahteraan rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

GSF 2.0: Malaysia Sedia Heret Israel Ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa

0
SEPANG - Kerajaan sedia mengheret rejim Zionis ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) selepas segala maklumat dan dokumen bukti selesai dikumpulkan oleh pasukan peguam. Menteri Besar...

CATEGORIES