Thursday, October 1, 2026
HomeBERITAHujan Lebat Punca Jalan Pos Balar Runtuh, Tidak Dapat Dilalui

Hujan Lebat Punca Jalan Pos Balar Runtuh, Tidak Dapat Dilalui

GUA MUSANG –  Hujan berterusan sejak petang semalam menyebabkan jalan menuju ke penempatan Orang Asli di Pos Balar di sini runtuh, sekali gus tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Balar, Hanan Anjang, berkata pihaknya dimaklumkan berhubung kejadian berhampiran Kampung Enching itu, 8 malam tadi.

Katanya, hujan berterusan sejak 5 petang semalam menyebabkan laluan utama menuju ke Pos Balar runtuh.

“Saya akan ke Pos Balar hari ini, untuk meninjau keadaan jalan berkenaan serta melihat keperluan sama ada masih boleh dilalui atau sebaliknya.

“Laluan itu jalan utama untuk masuk ke Pos Balar. Ketika musim hujan, banyak jalan lain turut rosak teruk,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hanan berkata penduduk Orang Asli di pedalaman juga kecewa apabila Jalan Perhubungan Desa yang kini dalam pembinaan tidak lagi diteruskan sejak awal bulan lalu.

“Projek Jalan Perhubungan Desa dari Kuala Betis – Pos Bihai – Pos Belatim – Pos Balar – Pos Hau dan bersambung di Kuala Betis berturap ini adalah satu-satunya harapan kami mendapatkan akses perhubungan lebih baik.

“Sekiranya ada masalah pada pihak kontraktor, harap pihak berwajib dapat selesaikan segera,” katanya.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Dr Mahathir Dimasukkan Ke IJN Untuk Pemerhatian

0
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) malam tadi bagi menjalani rawatan berkala. Setiausaha Akhbarnya, Sufi...

CATEGORIES