Tuesday, October 6, 2026
HomeBERITAFAMA Terengganu Anjur Semarak Syawal Tawar Persediaan Raya Murah

FAMA Terengganu Anjur Semarak Syawal Tawar Persediaan Raya Murah

BESUT – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengambil inisiatif menganjurkan program Semarak Syawal
di tiga Pasar Tani Kekal (PTK) dan dua pasar tani di Terengganu.

Pengarah FAMA Terengganu, Muhamad Fadlee Hassan berkata, program Semarak Syawal tersebut menawarkan barangan keperluan raya lebih murah 30 peratus daripada pasaran.

“Program ini bertujuan membantu meringankan lagi beban pengguna untuk membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri.

“Lima PTK dan pasar tani terpilih iaitu Jerteh di sini, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Hiliran dan Chendering, Kuala Terengganu serta Chukai, Kemaman,” katanya di PTK Jerteh di sini hari ini.

Terdahulu beliau ditemui selepas melancarkan program Semarak Syawal peringkat Terengganu.

Dalam perkembangan sama, Muhamad Fadlee berkata, FAMA Terengganu menyasarkan program tersebut mampu menjana jualan RM150,000.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Changi Kekal No. 1, Ini 5 Lapangan Terbang Terbaik Dunia

0
Bagi yang gemar melancong, lapangan terbang bukan sekadar tempat untuk berlepas dan mendarat, malah pengalaman di dalamnya turut menjadi sebahagian daripada perjalanan. Terbaharu, Skytrax World...

CATEGORIES