Monday, August 10, 2026
HomeBERITA"Cita Rasa Malaysia" Jadi Tema Hari Kebangsaan, MOP KLIA

“Cita Rasa Malaysia” Jadi Tema Hari Kebangsaan, MOP KLIA

Menikmati pelbagai masakan Malaysia yang menyatupadukan kita sebagai rakyat negara ini, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA) menawarkan pelbagai aktiviti untuk dialami oleh para pembeli sempena bulan Merdeka dengan penuh gaya! Pusat beli-belah berjenama Jepun yang terkemuka ini menjemput para pengunjung dari segenap lapisan masyarakat untuk mendalami pengalaman budaya yang memapar warisan masakan Malaysia yang kaya dan beraneka.

Mulai sekarang hingga 16 September, para pengunjung ke MOP KLIA akan disambut dengan pelbagai pameran unik seperti gerai yang menampilkan hidangan kegemaran seperti Nasi Lemak, Nasi Ayam dan Air Batu Campur (ABC). Terletak di beberapa bahagian di pusat beli-belah, termasuk Kaunter Maklumat di Tingkat Bawah, Pintu Masuk 4, 5 dan 6, pameran dengan cita rasa ikonik ini menonjolkan warisan masakan beraneka yang menyatukan bangsa-bangsa Malaysia.

TJ Cheah, Timbalan Pengarah Urusan MFMA Development Sdn Bhd berkata, “Di MOP KLIA, kami sentiasa menanti untuk meraikan perayaan yang memupuk patriotisme, perpaduan dan kepelbagaian, dalam mencerminkan warisan berbilang kaum di Malaysia.

Menjelang sambutan Hari Kebangsaan, kami di MOP tidak hanya ingin mempamerkan masakan negara yang kaya dengan warisan, tetapi kami juga telah menyediakan pelbagai persembahan yang memaparkan budaya Malaysia yang beragam. Persembahan ini akan berlangsung pada 31 Ogos dan 16 September, jadi pastikan anda menandakan tarikh tersebut dalam kalendar anda.”

Untuk memeriahkan lagi suasana, MOP KLIA juga menawarkan baucar beli-belah eksklusif bernilai RM50 kepada individu yang dilahirkan pada 31 Ogos dan barangan edisi terhad untuk ditebus.

“Tawaran istimewa ini merupakan penghargaan kami kepada pengunjung yang berkongsi hari lahir dengan Hari Kemerdekaan negara. Untuk menebus baucar beli-belah, anda hanya perlu menunjukkan kad pengenalan kepada petugas yang bertugas di Kaunter Maklumat yang terletak di Tingkat Bawah pusat beli-belah. Barangan eksklusif pula terhad kepada 100 orang pelanggan setiap hari jadi jangan lepaskan peluang untuk menebusnya,” tambah Cheah.

Sambutan masakan ruji kebangsaan tidak akan dilengkapi tanpa uji rasa hidangan-hidangan tersebut. Dengan ini, MOP KLIA menawarkan peluang kepada pengunjung untuk menikmati keunikan pelbagai masakan tempatan. Pusat beli-belah MOP KLIA dengan kerjasama peniaga makanan & minuman (F&B), termasuk Memang Meow, Peranakan Place dan Food District, akan menyediakan hidangan percuma kepada pengunjung yang layak.

Untuk menikmati hidangan ini, pengunjung cuma perlu memuat turun Aplikasi Mitsui Shopping Park MY dan belanja sekurang-kurangnya RM200 dalam maksimum dua (2) resit di mana-mana kedai MOP KLIA.

Tawaran unik Hari Kemerdekaan ataupun ‘Merdeka Special’ bukan sekadar itu sahaja, tetapi MOP KLIA mempunyai banyak lagi untuk ditawarkan! Nantikan Ganjaran Pulangan Tunai sebanyak RM50 atas perbelanjaan minimum RM200 dalam maksimum dua (2) resit di mana-mana kedai dengan penggunaan Aplikasi Mitsui Shopping Park MY.

Tambahan pula, pembeli juga boleh menyertai Cabutan Bertuah Merdeka untuk memenangi sepasang tiket penerbangan ke Langkawi dengan perbelanjaan minimum RM300 dalam maksimum dua (2) resit di mana-mana kedai ATAUPUN dengan penggunaan minimum 500 mata melalui Mitsui Shopping Park MY App, di kedai yang mengambil bahagian (tertakluk pada Terma dan Syarat).

Selain itu, sempena sambutan Hari Kemerdekaan, Adidas Factory Outlet di MOP KLIA turut menawarkan jualan istimewa Merdeka yang menarik. Mulai 20 Ogos hingga 1 September 2024, para pengunjung boleh menuju ke Sunshine Square untuk mendapatkan kasut kegemaran mereka dengan tawaran promosi sehingga 70%, sementara stok masih ada.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati promosi Hadiah dengan Pembelian, termasuk sepasang stoking percuma, yang ditawarkan kepada 100 orang pelanggan pertama yang layak. Selain itu, nikmati diskaun eksklusif 20% dengan baucar Adidas yang boleh ditebus di kedai untuk sebarang pembelian.

MOP KLIA terletak di lokasi strategik hanya 8 minit dari KLIA (Terminal 1) dan KLIA 2 (Terminal 2) dan kira-kira 45 minit dari Pusat Bandar KL. Pusat beli-belah ini mudah diakses melalui pelbagai lebuh raya seperti ELITE, LDP, KESAS, Lebuhraya MAJU, Lebuhraya Utara–Selatan Hubungan Tengah dan NKVE. Lebih-lebih lagi terdapat banyak perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan untuk  memudahkan perjalanan anda ke MOP KLIA. 

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran, promosi dan acara yang akan datang di MOP KLIA, layari mitsui-shopping-park.com.my/MOPKLIA/ atau www.facebook.com/MOPKLIA.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Jelajah Malaysia Digital 2026 Perkasa Rakyat Ke Arah Negara AI 2030

0
DAMANSARA DAMAI, 8 Ogos 2026 – Kementerian Digital terus memperkasa rakyat dengan kemahiran, pengetahuan dan peluang dalam ekonomi digital menerusi siri Jelajah Malaysia Digital...

CATEGORIES