Sunday, November 16, 2025
HomeBERITACEO GISBH Dan 12 Lelaki Dihukum Penjara 15 Bulan, Isterinya Serta Lapan...

CEO GISBH Dan 12 Lelaki Dihukum Penjara 15 Bulan, Isterinya Serta Lapan Wanita Didenda RM4,500

KAJANG: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) Nasiruddin Mohd Ali dan 12 lelaki lain dihukum penjara 15 bulan kerana menganggotai pertubuhan menyalahi undang-undang.

Isteri Nasiruddin dan lapan wanita pula didenda RM4,500 atas kesalahan yang sama oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar, yang bersidang di Kompleks Penjara Kajang hari ini.

Nasiruddin Mohd Ali dan 21 individu lain, sebelum itu mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan menjadi anggota GISBH yang juga sebuah pertubuhan menyalahi undang-undang.

Semua tertuduh membuat pengakuan itu, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan hakim.

Mereka ialah Nasiruddin, 66, dan isterinya Azura Md Yusof, 58, anak bekas pengasas Al-Arqam Ashaari Muhammad iaitu Mohammad Adib At-Tamimi, 33, Mohd Shukri Mohd Noor, 54; Muhammad Afdaluddin Latif, 35; Mohamad Sayuti Omar, 36; Mohd Fazil Md Jasin, 58; Mohd Dhirar Fakhrur Razi, 35; Mokhtar Tajuddin, 61; Muhammad Fajrul Islam Khalid, 29; Abu Ubaidah Ahmad Shukri, 35; Shuhaimi Mohamed, 57; Hasnan Abd Hamid, 54; dan Muhammad Zahid Azhar @ Nadzri, 52.

Lapan lagi tertuduh wanita ialah Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 28; Nur Jannah Omar, 33; Hamimah Yakub, 72; Asmat@Asmanira Muhammad Ramly, 45; Nurul Jannah Idris, 29; Siti Salmiah Ismail, 58; Siti Hajar Ismail, 52; dan Mahani Kasim, 55.

Mereka sebelum ini didakwa atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan, namun Jabatan Peguam Negara telah menerima representasi dikemukakan kesemua tertuduh bagi mengkaji pertuduhan dihadapi mereka.

Mengikut pertuduhan pilihan itu, semua mereka didakwa menjadi anggota GISBH yang juga sebuah pertubuhan menyalahi undang-undang di sebuah premis di Bandar Country Homes, Rawang antara Oktober 2020 hingga 11 September 2024.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan boleh dihukum di bawah peruntukan sama, yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim, Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim dan Norinna Bahadun manakala peguam Datuk Rosli Kamaruddin yang mewakili kesemua tertuduh.

Sumber – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Walau Sedang Berpantang, Yana Samsudin Hadir Terima Ijazah Sarjana

0
"Sepatutnya hari ini saya bersalin… tapi takdir memberi saya peluang menjejak pentas konvokesyen!" Demikian kongsi, pelakon dan penyanyi, Yana Samsudin selepas selesai istiadat konvokesyen untuk...

CATEGORIES